Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2017

KAMI DI UNIT TINDAKAN KHAS MENGUCPKAN SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN!

Tonton di sini:  https://youtu.be/YyzEXJgcTv8 JIKA ADA SEBARANG ADUAN ATAU PERTANYAAN,SILA HUBUNGI: Alamat: 33D-04-4 Comersial Unit Villa Puteri, Jalan Tun Ismail 50480, Kuala Lumpur Hotline: 019 913 0000 / 013 788 6666 / 013 220 1565 Office: 03 4050 4454 Blog: utkppim@blogspot.com Instagram: utk.ppim Facebook:  fb.com/utkhasppim   fb.com/yusufazmiPPIM Biro Kawal Selia Umrah: Ustaz Abd Halim - 010 600 1415 Biro Unit Tindakan Khas PPIM (Risk Group Management & Consultancy) (002375581-T) Email :utkppim@yahoo.com

“DERA” 7 JAM – HARIAN METRO – 23/6/2017

Dikurung lebih tujuh jam, tidak diberi makan dan minum serta diherdik kerana duit yang diminta belum sampai. Itu yang berlaku kepada eksekutif swasta yang mahu dikenali sebagai Wani selepas dijadikan ‘tebusan’ oleh ceti haram untuk mendapatkan bayaran tuntutan pinjaman. Kejadian berlaku Ahad lalu ketika dia ditahan seorang lelaki di sebuah kawasan di Pandan Jaya yang memintanya berjumpa along berkaitan pembayaran pinjaman yang dibuatnya empat bulan lalu. “Saya kena tahan di Pandan Jaya, dia datang dengan cara elok. Katanya saya kena ikut dia ke pejabat sebab majikannya nak jumpa. “Sampai di Jalan Imbi, saya dibawa ke satu ruang pejabat, dikurung tanpa diberikan makanan dan dimakihamun. “Along itu meminta saya membayar wang yang diminta,” katanya ketika membuat aduan kepada pegawai Unit Tindakan Khas Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Ali Salimin. Wani berkata, dia meminjam RM5,000 daripada along berkenaan selepas mengalami masalah kewangan dan membayar

SYARIKAT PAJAKAN KENDERAAN PENIPU

Permulaan bulan Ramadhan tahun ini, kami di Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) telah dikejutkan dengan aduan daripada beberapa mangsa yang telah ditipu oleh sebuah syarikat pajakan kenderaan atas nama Syarikat Agr Auto Trade Sdn Bhd.   “Syarikat ini dimiliki oleh seorang ahli perniagaan bergelar “Raja” dan seorang individu mengelar dirinya sebagai Dato’ Seri Kabi masyarakat India,” kata Muhamad Yusuf Bin Azmi, Pengarah Unit Tindakan Khas PPIM.  Tambahan beliau lagi, syarikat terbabit telah menganiaya hampir 500 orang pemilik kenderaan yang melibatkan kurang lebih 1500 buah kenderaan milik mangsa.   Modus operandi yang digunakan oleh mereka juga licik dengan adanya kontrak yang tidak ditepati. Malahan, bayaran yang sepatutnya diterima oleh mangsa pada setiap bulan hasil dari sewaan kenderaan mereka, tidak pernah ditepati. Pengurusan syarikat terbabit turut mendiamkan diri apabila dihubungi oleh mangsa dan tidak menjawab sebarang surat pembatalan perjanj

SYARIKAT HARTANAH PENIPU, RM9 JUTA LESAP - PPIM - 20/6/2017

Hasrat seramai 150 orang yang ingin memiliki lot tanah sendiri dengan membelinya daripada Syarikat Hartanah Masgenuine, Darul Hebat Holdings Sdn Bhd dan Pavillion Commitment Sdn Bhd. Malangnya bagi mereka, bayaran telah dibuat tetapi tanah tidak dapat pada pembeli. Hal ini telah menghancurkan semua harapan pembeli termasuk menanggung kerugian yang dianggarkan melebihi RM9 juta keseluruhan. Mengulas perkara ini, Pengarah Unit Tindakan Khas Persatuan Pengguna Islam (PPIM), Muhammad Yusuf Azmi berkata pihaknya telah menerima sejumlah aduan besar mengenai penipuan syarikat hartanah ini yang dilakukan oleh seorang ahli perniagaan bernama Dato Nor Hasnal Hashimi. Penipuan yang dirancang ini turut dibantu oleh seorang rakan perniagaannya yang juga merupakan seorang Dato dan suami kepada seorang selebriti terkenal di tanah air kita. “Semalam, mereka daripada syarikat Masgenuine telah menghantar kepada kami surat lawyer untuk kami memberhentikan sidang media dan menyatakan mereka san

DUKA TANAH "GHAIB" - HARIAN METRO - 21/6/2017

Kuala Lumpur: “Sudahlah tanah yang dijanjikan tidak dapat, duit RM72,000 yang disimpan selama lebih 30 tahun pula lesap sekelip mata,” kata warga emas Sabri Othman, 72. Bekas pekerja bank itu antara 150 mangsa penipuan dua individu bergelar Datuk yang didakwa menjadi dalang penipuan jualan lot tanah secara besar-besaran membabitkan kerugian keseluruhan kira-kira RM9 juta sejak enam tahun lalu. Menurut Sabri, episod hitam hidupnya bermula pada 2012 apabila terlihat iklan lot tanah untuk dijual di daerah Hulu Langat pada harga jauh lebih murah daripada nilai pasaran membuatkannya tertarik untuk memiliki dua lot tanah pada harga RM72,000. “Setiap satu lot tanah berkeluasan 50x60 dijual pada harga RM36,000 dan saya bersetuju membeli dua lot untuk diberikan kepada dua anak selepas yakin apabila Datuk berkenaan menunjukkan peta lot tanah. “Malah, dia juga membawa saya ke beberapa lagi lokasi melihat lot tanah yang sudah ditarah untuk dijual kepada pembeli membuatkan saya yakin

MAN, 70, CHEATED OVER LAND SCAM - NEW STRAITS TIMES - 21/6/2017

A SENIOR citizen lost his life savings after being duped by two “Datuks” into buying a plot of land for an “unbelievably cheap” price. Sabri Othman, 70, was among 150 individuals who lost RM9 million to a dubious real estate company that purportedly sold plots of land in Hulu Langat and Gombak. Sabri, who paid RM72,000 for two lots measuring 3,000 sq ft in 2012, said he realised something was amiss when the real estate company went bankrupt last year and he did not receive any grants from the Land Office. Sabri said he had spent nearly all of his Employees Provident Fund savings on the purchase. “I was desperate because I wanted my sons to have their own homes. The price for one lot was very cheap, considering it was close to the city,” the retiree said, during a press conference held by the Muslim Consumers’ Association of Malaysia (PPIM) here yesterday. “The realtor’s advertisements looked convincing and I decided to go for it,” he added. Sabri expressed hope that h

Majlis Fatwa Kebangsaan perlu jelas isu kad diskaun - Utusan Malaysia - 20/6/2017

KUALA LUMPUR 19 Jun – Penggunaan kad diskaun dalam kalangan pengguna Islam untuk menjalankan urusan pembelian menimbulkan kekeliruan selepas dikatakan haram ekoran terdapat unsur ‘al-Gharar’ atau tidak jelas, selain penipuan dan perjudian. Ketua Aktivis Persatuan Peng­guna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, pihak berkaitan se­perti Majlis Fatwa Kebangsaan dan jabatan-jabatan agama Islam perlu tampil menjelaskan perkara sebenar bagi mengelak kekeliruan daripada terus berlaku. Katanya, isu tersebut melibatkan kebajikan pengguna dan tanggungjawab pihak yang menyediakan kemudahan kad diskaun. “Adalah perlu Majlis Fatwa Kebangsaan serta jabatan agama Islam di seluruh negara memberi penjelasan jelas mengenai penggunaan kad diskaun ketika membeli-belah, sama ada benar haram atau sebaliknya. “Penjelasan yang teliti dapat mengelakkan kekeliruan berterusan dan pengguna dapat menikmati pembelian tanpa penipuan pihak-pihak tidak bertanggungjawab,” katanya k

DICULIK AHLONG WALAUPUN BAYAR "ON-TIME"

Kuala Lumpur, 19 June 2017 - Seorang wanita didakwa diculik ahli kumpulan sindiket pemberi pinjam wang berlesen di Kuala Lumpur baru-baru ini. Wati (bukan nama sebenar) mendakwa kumpulan gangster tersebut mendekati beliau semasa sedang menunggu kawan yang ingin menjemputnya di sebuah perhentian bas di ibu kota. "Dia keluar dari kereta dan memaksa saya menaiki kereta bersama mereka dan setibanya saya di pejabat "ahlong" tersebut, saya  dikurung selama 7 jam tanpa sebarang makanan dan minuman" katanya yang ditemiui di pejabat Unit Tindakan Khas PPIM di Villa Puteri Kuala Lumpur.                                 Pengadu bertemu dengan Tuan Ali Salimin, Ketua Unit Tindakan Khas PPIM Ketua Unit Tindakan Khas, Tuan Ali Salimin ketika ditemui berkata, modus operandi ahlong masa kini memang pelbagai dari yang kecil seperti menghantar kata-kata kesat sehinggalah ke kes yang besar seperti mencederakan serta mengugut bunuh. Lagi mengejutkan apabila wanita berkenaan di

PBT PERLU PANTAU ‘BAZAR MERCUN’ – BERITA HARIAN – 19/6/2017

KUALA LUMPUR: “Bila soal mercun, orang nampak polis sahaja (untuk banteras penjualan), sedangkan banyak agensi penguatkuasaan lain yang boleh mainkan peranan,” kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohmad Salleh. PENGARAH Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohmad Salleh. Beliau berkata, selain agensi penguatkuasaan yang mempunyai kuasa untuk bertindak sedemikian, pihak berkuasa tempatan (PBT) juga perlu memainkan peranan dengan mengadakan pemantauan di bazar Ramadan. “Pada peringkat Polis Diraja Malaysia (PDRM), usaha membanteras penjualan mercun secara terbuka ini dilaksanakan oleh kontinjen negeri serta ibu pejabat polis daerah. “Dari segi penguatkuasaan polis, ketua polis negeri dan ketua polis daerah yang perlu memainkan peranan. Mereka boleh arahkan pemeriksaan di bazar Ramadan,” katanya kepada BH, semalam. Justeru katanya, polis pada peringkat kontinjen dan daerah perlu memainkan fungsi dengan sebaiknya dalam membanteras k

SPM 2017 – SEMBANG SABTU : BAJET RAYA? – TV1 – 17/6/17

Program Selamat Pagi Malaysia 2017 – Sembang Sabtu pada 17 Jun 2017 yang bersiaran pada jam 8 pagi sehingga jam 10 pagi di TV 1 telah membawakan isu menarik, Bajet Raya?, menjelang Aidilfitri lebih kurang seminggu sahaja lagi bersama Ketua Aktivis PPIM, Dato Nadzim Johan. Dalam keghairahan menyambut Aidilfitri, pastikan anda berbelanja mengikut kemampuan bukan keperluan yang melebihi batas kemampuan. Jadi, dengan pelbagai jenis jualan murah serta pilihan yang menarik, bagaimana anda merancang perbelanjaan menjelang Aidilfitri? Apa yang anda harus tanya kepada diri anda adalah bagaimana kita boleh berjimat untuk tahun ini? https://www.youtube.com/watch?v=8GgvaaO1Z7U

KERUGIAN LEBIH RM9 JUTA AKIBAT LOT TANAH - UTUSAN MALAYSIA - 17/6/2017

Kuala Lumpur 16 Jun - Beberapa syarikat kat pemaju hartanah didapati menjadi dalang kes penipuan lot tanah secara  besar-besaran sehingga mengakibatkan 150 individu menjadi mangsa dengan kerugian dianggarkan melebihi rm9 juta. Pengarah Unit Tindakan Khas Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Muhammad Yusuf Azmi berkata, pihaknya dikejutkan dengan aduan berkaitan kes itu yang didalangi beberapa syarikat pemaju yang menyasarkan golongan bumiputera sebagai mangsa. "Ada beberapa syarikat pemaju dilaporkan terlibat dalam sindiket ini dan syarikat-syarikat tersebut didakwa dimiliki oleh seorang ahli perniagaan bergelar Datuk dan rakan kongsinya yang juga bergelar Datuk.  "Sehingga kini, seramai 150 individu telah menjadi mangsa penipuan harga tanah ini. Malah pergerakan sindiket semakin berleluasa hingga mengakibatkan semua pengadu menanggung kerugian dianggarkan lebih RM9 juta," katanya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini. Dalam pada itu, kata Muhammad Yusuf, m

Dua Datuk 'auta'

Kuala Lumpur, 15 Jun 2017 - DUA individu bergelar Datuk antara dalang penipuan lot tanah secara besar-besaran membabitkan kerugian keseluruhan kira-kira RM9 juta sejak enam tahun lalu. Pengarah Unit Tindakan Khas Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Yusuf Azmi berkata, modus operandi digunakan sindiket terbabit ialah menjual tanah milik orang lain yang belum bertukar hak milik dengan tawaran harga rendah dari nilai pasaran. Katanya, semua mangsa kerugian antara RM80,000 hingga RM160,000 wang simpanan, malah ada yang mengeluarkan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan membuat pinjaman persendirian kerana berminat dengan tawaran itu. "Dua Datuk itu tidak pernah memberi sebarang perjanjian bertulis untuk membayar semula atau memberi tanah seperti yang dijanjikan kepada mangsa iaitu di sekitar Gombak dan Hulu Langat. Ia menimbulkan rasa tidak puas hati mangsa kerana mereka sudah membayar penuh, tapi akhirnya janji tinggal janji," katanya.  http://ww

Semai kasih Ramadan

SESUAI dengan bulan Ramadan yang penuh berkat, Persatuan Anak Muda Islam Malaysia (AMIM) mengadakan program Semai Kasih Berkongsi Bahagia di dua maahad tahfiz di Batang Kali dan Sekinchan, hari ini. Ia bertujuan membantu mereka menjalani ibadah puasa dengan lebih baik selain meringankan beban pelajar yang menanggung kos pengajian. Ketua Operasi Biro Ekonomi AMIM KS Nazri berkata, Maahad Tahfiz Ehsaniyyah di Pasir Panjang Sekinchan dan Madrasah Jannatul Ulum Batang Kali dijadikan lokasi program kesukarelawanan anak muda. "Kita dimaklumkan pelajar di sini ada yang kurang berkemampuan, jadi kita bantu serba sedikit. Kita juga ingin memberi inspirasi kepada peserta untuk terus membantu mereka yang memerlukan. "Selain itu, kita juga mengambil kesempatan melatih ahli AMIM dan NGO gabungan supaya sentiasa bersedia untuk membabitkan diri dengan aktiviti sukarelawan seperti ini. Kita akan teruskan lagi pada masa depan," katanya kepada Harian Metro.

KETATKAN SYARAT KEMASUKAN WARGA AFRIKA

KETATKAN SYARAT KEMASUKAN WARGA AFRIKA – HARIAN METRO ONLINE – 14/6/2017 KERAJAAN digesa mengetatkan syarat kemasukan Awang Hitam ke negara ini sebagai langkah membendung pelbagai aktiviti jenayah yang dilakukan mereka kebelakangan ini. Ketua Aktivisnya Datuk Nadzim Johan berkata, ia ekoran pelbagai isu membabitkan warga Afrika seperti pengedaran dadah, penggubahan wang haram, skim penipuan dan sindiket keldai dadah. Katanya sebelum ini PPIM pernah menyuarakan cadangan supaya kerajaan melakukan kajian mengenai tujuan kedatangan mereka ke negara ini. “Kita lihat ia bukan isu baru malah di sesetengah kawasan, ada orang tempatan terpaksa mengelakkan diri dari kawasan penempatan Awang Hitam ini bagi mengelakkan diganggu. “Saya juga berharap isu ini dibawa ke kabinet kerana berdasarkan aduan, ada yang memegang pas pelajar, tetapi terbabit dengan isu yang bertentangan dengan undang-undang negara. Jika tidak dibendung, ia akan memberi lebih banyak masalah,” katanya ketika dite

MISSION ACCOMPLISHED - PROGRAM SEMAI KASIH, BERKONGSI BAHAGIA

*PROGRAM SEMAI KASIH, BERKONGSI BAHAGIA-MISSION ACCOMPLISHED* syukur Alhamdulillah, selesai sudah program SEMAI KASIH BERKONGSI BAHAGIA, anjuran bersama AMIM dan GBIM. Jutaan terima kasih kepada yang terlibat secara langsung mahupun tidak, juga kepada para penaja,Tuan Imran (Jasmin), Tuan Yusuf Azmi (AMIM), para penyumbang Wang, tenaga, masa Dan Doa, kepada Tuan Fauzi (GBIM) dan keseluruhan warga GBIM kerana sudi bekerjasama dengan AMIM, team AMIM dan ahli AMIM yang  turut serta, tidak lupa kepada kedua-dua Maahad Tahfiz. Tahniah, Dan Semoga Akan ada lagi Siri program sebegini akan datang yang kita boleh laksanakan bersama. In sha Allah. -KS NAZRI- KETUA OPERASI BIRO EKONOMI PERSATUAN ANAK MUDA ISLAM MALAYSIA (AMIM)

Syarikat Pajakan Kenderaan Guna Gengster? (MYNEWSHUB)

KUALA LUMPUR, 9 Jun – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menerima aduan beberapa mangsa yang mendakwa menjadi mangsa penipuan sebuah syarikat pajakan kenderaan yang diuruskan oleh gengster. Pengarah Unit Tindakan Khas PPIM, Muhamad Yusuf Azmi berkata, syarikat itu dimiliki oleh seorang ahli perniagaan bergelar “Raja” dan seorang individu yang mengelar dirinya sebagai “Datuk Seri” Menurut beliau, syarikat pajakan kenderaan itu telah menganiaya hampir 500 pemilik kenderaan melibatkan kira-kira 1,500 buah kenderaan yang dipajakan kepada syarikat itu. “Modus operandi yang digunakan oleh mereka juga licik dengan adanya kontrak yang tidak ditepati. Malah, bayaran yang sepatutnya diterima oleh mangsa pada setiap bulan hasil dari sewaan kenderaan mereka tidak pernah ditepati. “Pengurusan syarikat terbabit turut mendiamkan diri apabila dihubungi oleh mangsa dan tidak menjawab sebarang surat pembatalan perjanjian yang telah dihantar,” katanya dalam satu kenyataan media hari

JANGAN TAKUT AHLONG!

SELAGI AHLONG MAKAN NASI, SELAGI ITU TIDAK PERLU TAKUT, - Yusuf Azmi, 2017- LAPOR Laporkan aduan anda di Ibu Pejabat PPIM @ 33D-04-4, Commercial Unit, Villa Puteri Condominium, Jalan Tun Ismail 50480, Kuala Lumpur. Pastikan anda telah mendapatkan tarikh temu janji bagi mengelakkan sebarang kesulitan. Untuk sebarang pertanyaan dan tetapan temu janji, sila hubungi no hotline Unit Tindakan Khas PPIM ditalian 019 913 0000 / 013 20 1565 / 03 4050 4454 SIASAT Pihak pengadu diwajibkan untuk memberi maklumat serta butiran lengkap Ahlong. Pegawai penyiasat akan mendalami dan meniliti kes berdasarkan maklumat yang diberikan oleh pihak pengadu. RUNDING Selepas mendapat maklumat serta butiran lengkap dari pihak pengadu, pegawai penyiasat akan menjalankan rundingan awal dengan pihak Ahlong. PPIM hanya membantu dari segi rundingan seperti menghentikan faedah/bunga, menyusun semula jadual pembayaran dan mengurangkan jumlah tuntutan. Setiap keputusan dan hasil rundingan oleh

ANDA MANGSA AHLONG? JANGAN TAKUT

JANGAN TAKUT AHLONG! Kami juga menyediakan perkhidmatan dan biro pengurusan mangsa ceti haram. Kami akan membantu anda menyelesaikan masalah ahlong sehingga selesai. Hubungi kami di: 33D-04-4, Commercial Unit,  Villa Puteri Condominium,  Jalan Tun Ismail, 50480 Kuala Lumpur Hotline: 019 913 0000  Office: 03 4050 4454

Senario Ahlong di Malaysia Semakin Parah !

Bersama Pengarah Unit Tindakan Khas PPIM, Yusuf Azmi mendedahkan senario AhLong di Malaysia yang semakin parah. https://www.facebook.com/200898756947023/videos/428249150878648/

HENTIKAN KEMASUKAN AWANG HITAM DI MALAYSIA

8 Jun 2017, Kuala Lumpur - Kehadiran kumpulan-kumpulan “Awang Hitam” di beberapa tempat tertentu di negara ini telah mengganggu kehidupan harian rakyat Malaysia, sehingga ada yang terpaksa mengelakkan diri dari kawasan penempatan atau tempat-tempat mereka berkumpul bagi mengurangkan potensi berdepan gangguan mereka ini. Fizikal yang besar, sasa dan ukuran badan yang berbeza juga menyebabkan ramai rakyat Malaysia mengelak daripada berdepan dan juga sering mengalah walaupun mer eka ini menipu dalam apa-apa transaksi.  Mengulas perkara ini, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Dato’ Nadzim Johan (toqqi) berkata pihaknya menerima aduan daripada para pengguna berkenaan isu terbabit. “Kita pernah membuat permintaan kepada kerajaan supaya mengkaji balik perkara ini kerana kedatangan mereka di negara kita tidak membawa sebarang keuntungan”, ujar beliau. Tambahnya lagi, kedatangan mereka di negara sebagai pelajar hanyalah satu alasan bagi mereka untuk menduduki neg

Kad Kemanusiaan (Tiada Permit, Overstay,Visa)

Terlalu banyak laporan mengenai Pekerja Asing & Majikan yang menghadapi masalah dokumestasi seperti visa, permit kerja, tinggal lebih masa (over stay) dan lain-lain.  Akibat daripada itu, mereka sering ditahan oleh pihak berkuasa dan turut didakwa hingga ke mahkamah selain ada juga pihak dengan sewenangnya mengambil kesempatan sama ada ejen, majikan atau pihak berkuasa dengan mnganiaya mereka. Kesan negatif terhadap sektor perniagaan juga semakin merosot akibat kekurangan pekerja yang mana kebanyakannya adalah pekerja asing. Majikan juga menerima kesannya yang mana akan didakwa dan disenarai hitam.  Bagi mengatasi masalah ini, MHO dengan kerjasama Persatuan Pengguna Islam Malaysia telah menyediakan khidmat penasihat undang-undang kepada warga asing dan majikan yang terlibat dengan masalah ini, MHO mempunyai lebih 25 orang peguam yang terlibat dalam program ini di seluruh Malaysia. Bagi majikan atau pekerja yang berminat memohon kad ini, bolehlah hubungi ka

Gangguan Seksual. Kedutaan tersangat kebal !

8 Jun 2017, Kuala Lumpur - Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menerima aduan berkaitan gejala ganguan seksual daripada beberapa pengadu wanita tempatan yang bekerja sebagai kakitangan kedutaan yang begitu tertekan dengan pelbagai "harrasment" yang dilakukan oleh Duta mahupun kakitangan kedutaan tertentu yag mengamalkan budaya amat memalukan ini. Amalan ini dikatakan sudah berleluasa di sesetengah kedutaan. Justeru, satu sidang media telah diadakan untuk membongkarkan isu ini supaya t idak berlarutan. Ketua Aktivis PPIM, Dato, Nadzim Johan berkata, Gangguan seperti ini tidak sepatutnya wujud dan juga berharap agar sidang media ini dapat membuka mata pihak bertanggungjawab kerana dikatakan kedutaan dari negara luar di sini seolah-olah tersangat kebal sehingga tiada undang-undang yang boleh diambil jika mereka melakukan apa-apa kesalahan. Sidang media ini turut dihadiri oleh Pengarah Unit Tindakan Khas, Muhammad Yusuf Azmi dan juga dihad