Langkau ke kandungan utama

PBT PERLU PANTAU ‘BAZAR MERCUN’ – BERITA HARIAN – 19/6/2017



KUALA LUMPUR: “Bila soal mercun, orang nampak polis sahaja (untuk banteras penjualan), sedangkan banyak agensi penguatkuasaan lain yang boleh mainkan peranan,” kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohmad Salleh. PENGARAH Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohmad Salleh.
Beliau berkata, selain agensi penguatkuasaan yang mempunyai kuasa untuk bertindak sedemikian, pihak berkuasa tempatan (PBT) juga perlu memainkan peranan dengan mengadakan pemantauan di bazar Ramadan.
“Pada peringkat Polis Diraja Malaysia (PDRM), usaha membanteras penjualan mercun secara terbuka ini dilaksanakan oleh kontinjen negeri serta ibu pejabat polis daerah.
“Dari segi penguatkuasaan polis, ketua polis negeri dan ketua polis daerah yang perlu memainkan peranan. Mereka boleh arahkan pemeriksaan di bazar Ramadan,” katanya kepada BH, semalam.
Justeru katanya, polis pada peringkat kontinjen dan daerah perlu memainkan fungsi dengan sebaiknya dalam membanteras kegiatan mercun secara terbuka kerana masih ada penjual yang tidak gentar dengan undang-undang.
Penguatkuasaan lemah
Sementara itu, penganalisis jenayah, Shahrul Hamid Abd Rahim, berkata, penguatkuasaan lemah menyebabkan peniaga berani menjual mercun dan bunga api tanpa mempedulikan mudarat ke atas masyarakat.
Katanya, jika undang-undang sedia ada dikuatkuasakan ke atas individu yang memiliki mercun dan bunga api, pastinya peniaga tidak berani menjual barangan terlarang itu.
“Kenapa penjualan mercun dan bunga api ini yang menjadi larangan boleh dilakukan secara terbuka. Di manakah perginya penguatkuasaan?
“Tindakan drastik perlu dilakukan dan diharapkan penguat kuasa dapat buka mata dan mantapkan penguatkuasaan.
“Kalau nak kuatkuasakan undang-undang, inilah masa yang sesuai. Jangan hanya duduk diam dan bila sudah berlaku baru hendak ambil tindakan,” katanya ketika dihubungi.

Lapor kepada pihak berkuasa
Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan, pula meminta pengguna bertindak bijak dengan melaporkan kepada pihak berkuasa sekiranya terlihat ada perniaga yang menjual mercun dan bunga api secara terbuka.
“Penjualan mercun dan bunga api secara terbuka tidak seharusnya berlaku dan agensi penguatkuasa perlu laksanakan undang-undang sekiranya didapati ia dijual secara bebas,” katanya.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

“DERA” 7 JAM – HARIAN METRO – 23/6/2017

Dikurung lebih tujuh jam, tidak diberi makan dan minum serta diherdik kerana duit yang diminta belum sampai. Itu yang berlaku kepada eksekutif swasta yang mahu dikenali sebagai Wani selepas dijadikan ‘tebusan’ oleh ceti haram untuk mendapatkan bayaran tuntutan pinjaman. Kejadian berlaku Ahad lalu ketika dia ditahan seorang lelaki di sebuah kawasan di Pandan Jaya yang memintanya berjumpa along berkaitan pembayaran pinjaman yang dibuatnya empat bulan lalu. “Saya kena tahan di Pandan Jaya, dia datang dengan cara elok. Katanya saya kena ikut dia ke pejabat sebab majikannya nak jumpa. “Sampai di Jalan Imbi, saya dibawa ke satu ruang pejabat, dikurung tanpa diberikan makanan dan dimakihamun. “Along itu meminta saya membayar wang yang diminta,” katanya ketika membuat aduan kepada pegawai Unit Tindakan Khas Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Ali Salimin. Wani berkata, dia meminjam RM5,000 daripada along berkenaan selepas mengalami masalah kewangan dan membayar ...

SEMBOYAN1MALAYSIA - 16/10/2017 - BOIKOT CALTEX. HENTIKAN KEZALIMAN.

JIKA ADA SEBARANG ADUAN ATAU PERTANYAAN,SILA HUBUNGI: Alamat: 33D-04-4 Comersial Unit Villa Puteri, Jalan Tun Ismail 50480, Kuala Lumpur Hotline: 019 913 0000 / 013 220 1565 Office: 03 4050 4454 Blog: utkppim@blogspot.com Instagram: www.instagram.com/utk.ppim www.instagram.com/yusuf_azmi_utkppim Facebook: fb.com/utkhasppim fb.com/yusufazmiPPIM Biro Keahlian Unit Tindakan Khas PPIM:016 764 8000

ERTI BERANI: 33 HIKMAT PEGANGAN YUSUF AZMI

Salam #SEMBOYAN1MALAYSIA , Buku ERTI BERANI: 33 HIKMAT PEGANGAN YUSUF AZMI kini sudah diterbitkan, dapatkan naskah anda sekarang! kepada yang berminat untuk menjadi ejen jualan buku terbaru karya Nor Azah Abd Aziz, ERTI BERANI: 33 HIKMAT PEGANGAN YUSUF AZMI, sila hubungi nombor yang tertera. Dapatkan segera sebelum naskah habis dijual. Layari http://azanaza.com untuk maklumat lanjut. JIKA ADA SEBARANG ADUAN ATAU PERTANYAAN,SILA HUBUNGI: Alamat: 33D-04-4 Commercial Unit Villa Puteri, Jalan Tun Ismail 50480, Kuala Lumpur Hotline: 019 913 0000 Office: 03 4050 4454 Website: www.semboyan1malaysia.my Blog: utkppim@blogspot.com Instagram: www.instagram.com/utks1m www.instagram.com/yusufazmi_s1m Facebook: fb.com/https://www.facebook.com/utksemboyan1malaysia/ fb.com/yusufazmiPPIM Biro Keahlian SEMBOYAN1MALAYSIA : 016 764 8000