Langkau ke kandungan utama

DICULIK AHLONG WALAUPUN BAYAR "ON-TIME"

Kuala Lumpur, 19 June 2017 - Seorang wanita didakwa diculik ahli kumpulan sindiket pemberi pinjam wang berlesen di Kuala Lumpur baru-baru ini. Wati (bukan nama sebenar) mendakwa kumpulan gangster tersebut mendekati beliau semasa sedang menunggu kawan yang ingin menjemputnya di sebuah perhentian bas di ibu kota. "Dia keluar dari kereta dan memaksa saya menaiki kereta bersama mereka dan setibanya saya di pejabat "ahlong" tersebut, saya dikurung selama 7 jam tanpa sebarang makanan dan minuman" katanya yang ditemiui di pejabat Unit Tindakan Khas PPIM di Villa Puteri Kuala Lumpur.



                               Pengadu bertemu dengan Tuan Ali Salimin, Ketua Unit Tindakan Khas PPIM


Ketua Unit Tindakan Khas, Tuan Ali Salimin ketika ditemui berkata, modus operandi ahlong masa kini memang pelbagai dari yang kecil seperti menghantar kata-kata kesat sehinggalah ke kes yang besar seperti mencederakan serta mengugut bunuh. Lagi mengejutkan apabila wanita berkenaan dilaporkan membayar wang pinjaman termasuk bunga kepada ahlong berkenaan tepat pada masa dan tidak ada terlepas waktu bayaran. Watie mendakwa ahlong tersebut berang kerana wanita berkenaan juga turut meminjam dari seorang lagi ahlong yang lain menyebabkan wanita tersebut menjadi mangsa penganiayaan mereka. "Ini syarat-syarat gila, sudah caj lebih dari 300%, tak benarkan orang buat pinjaman kepada syarikat lain" kata Tuan Ali Salimin

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

“DERA” 7 JAM – HARIAN METRO – 23/6/2017

Dikurung lebih tujuh jam, tidak diberi makan dan minum serta diherdik kerana duit yang diminta belum sampai. Itu yang berlaku kepada eksekutif swasta yang mahu dikenali sebagai Wani selepas dijadikan ‘tebusan’ oleh ceti haram untuk mendapatkan bayaran tuntutan pinjaman. Kejadian berlaku Ahad lalu ketika dia ditahan seorang lelaki di sebuah kawasan di Pandan Jaya yang memintanya berjumpa along berkaitan pembayaran pinjaman yang dibuatnya empat bulan lalu. “Saya kena tahan di Pandan Jaya, dia datang dengan cara elok. Katanya saya kena ikut dia ke pejabat sebab majikannya nak jumpa. “Sampai di Jalan Imbi, saya dibawa ke satu ruang pejabat, dikurung tanpa diberikan makanan dan dimakihamun. “Along itu meminta saya membayar wang yang diminta,” katanya ketika membuat aduan kepada pegawai Unit Tindakan Khas Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Ali Salimin. Wani berkata, dia meminjam RM5,000 daripada along berkenaan selepas mengalami masalah kewangan dan membayar ...

SEMBOYAN1MALAYSIA - 16/10/2017 - BOIKOT CALTEX. HENTIKAN KEZALIMAN.

JIKA ADA SEBARANG ADUAN ATAU PERTANYAAN,SILA HUBUNGI: Alamat: 33D-04-4 Comersial Unit Villa Puteri, Jalan Tun Ismail 50480, Kuala Lumpur Hotline: 019 913 0000 / 013 220 1565 Office: 03 4050 4454 Blog: utkppim@blogspot.com Instagram: www.instagram.com/utk.ppim www.instagram.com/yusuf_azmi_utkppim Facebook: fb.com/utkhasppim fb.com/yusufazmiPPIM Biro Keahlian Unit Tindakan Khas PPIM:016 764 8000

Kad Kemanusiaan (Tiada Permit, Overstay,Visa)

Terlalu banyak laporan mengenai Pekerja Asing & Majikan yang menghadapi masalah dokumestasi seperti visa, permit kerja, tinggal lebih masa (over stay) dan lain-lain.  Akibat daripada itu, mereka sering ditahan oleh pihak berkuasa dan turut didakwa hingga ke mahkamah selain ada juga pihak dengan sewenangnya mengambil kesempatan sama ada ejen, majikan atau pihak berkuasa dengan mnganiaya mereka. Kesan negatif terhadap sektor perniagaan juga semakin merosot akibat kekurangan pekerja yang mana kebanyakannya adalah pekerja asing. Majikan juga menerima kesannya yang mana akan didakwa dan disenarai hitam.  Bagi mengatasi masalah ini, MHO dengan kerjasama Persatuan Pengguna Islam Malaysia telah menyediakan khidmat penasihat undang-undang kepada warga asing dan majikan yang terlibat dengan masalah ini, MHO mempunyai lebih 25 orang peguam yang terlibat dalam program ini di seluruh Malaysia. Bagi majikan atau pekerja yang berminat memohon kad ini, bolehlah h...