Langkau ke kandungan utama

Dua Datuk 'auta'



Kuala Lumpur, 15 Jun 2017 - DUA individu bergelar Datuk antara dalang penipuan lot tanah secara besar-besaran membabitkan kerugian keseluruhan kira-kira RM9 juta sejak enam tahun lalu.
Pengarah Unit Tindakan Khas Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Yusuf Azmi berkata, modus operandi digunakan sindiket terbabit ialah menjual tanah milik orang lain yang belum bertukar hak milik dengan tawaran harga rendah dari nilai pasaran.
Katanya, semua mangsa kerugian antara RM80,000 hingga RM160,000 wang simpanan, malah ada yang mengeluarkan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan membuat pinjaman persendirian kerana berminat dengan tawaran itu.
"Dua Datuk itu tidak pernah memberi sebarang perjanjian bertulis untuk membayar semula atau memberi tanah seperti yang dijanjikan kepada mangsa iaitu di sekitar Gombak dan Hulu Langat. Ia menimbulkan rasa tidak puas hati mangsa kerana mereka sudah membayar penuh, tapi akhirnya janji tinggal janji," katanya. 
http://www.hmetro.com.my/node/237901

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kad Kemanusiaan (Tiada Permit, Overstay,Visa)

Terlalu banyak laporan mengenai Pekerja Asing & Majikan yang menghadapi masalah dokumestasi seperti visa, permit kerja, tinggal lebih masa (over stay) dan lain-lain.  Akibat daripada itu, mereka sering ditahan oleh pihak berkuasa dan turut didakwa hingga ke mahkamah selain ada juga pihak dengan sewenangnya mengambil kesempatan sama ada ejen, majikan atau pihak berkuasa dengan mnganiaya mereka. Kesan negatif terhadap sektor perniagaan juga semakin merosot akibat kekurangan pekerja yang mana kebanyakannya adalah pekerja asing. Majikan juga menerima kesannya yang mana akan didakwa dan disenarai hitam.  Bagi mengatasi masalah ini, MHO dengan kerjasama Persatuan Pengguna Islam Malaysia telah menyediakan khidmat penasihat undang-undang kepada warga asing dan majikan yang terlibat dengan masalah ini, MHO mempunyai lebih 25 orang peguam yang terlibat dalam program ini di seluruh Malaysia. Bagi majikan atau pekerja yang berminat memohon kad ini, bolehlah hubungi ka

JANGAN TAKUT AHLONG!

SELAGI AHLONG MAKAN NASI, SELAGI ITU TIDAK PERLU TAKUT, - Yusuf Azmi, 2017- LAPOR Laporkan aduan anda di Ibu Pejabat PPIM @ 33D-04-4, Commercial Unit, Villa Puteri Condominium, Jalan Tun Ismail 50480, Kuala Lumpur. Pastikan anda telah mendapatkan tarikh temu janji bagi mengelakkan sebarang kesulitan. Untuk sebarang pertanyaan dan tetapan temu janji, sila hubungi no hotline Unit Tindakan Khas PPIM ditalian 019 913 0000 / 013 20 1565 / 03 4050 4454 SIASAT Pihak pengadu diwajibkan untuk memberi maklumat serta butiran lengkap Ahlong. Pegawai penyiasat akan mendalami dan meniliti kes berdasarkan maklumat yang diberikan oleh pihak pengadu. RUNDING Selepas mendapat maklumat serta butiran lengkap dari pihak pengadu, pegawai penyiasat akan menjalankan rundingan awal dengan pihak Ahlong. PPIM hanya membantu dari segi rundingan seperti menghentikan faedah/bunga, menyusun semula jadual pembayaran dan mengurangkan jumlah tuntutan. Setiap keputusan dan hasil rundingan oleh

SEMBOYAN1MALAYSIA - 24/11/2017 - HARI 178 BOIKOT CALTEX: MENCARI RESPON KPDNKK

JIKA ADA SEBARANG ADUAN ATAU PERTANYAAN,SILA HUBUNGI: Alamat: 33D-04-4 Commercial Unit Villa Puteri, Jalan Tun Ismail 50480, Kuala Lumpur Hotline: 019 913 0000 / 013 220 1565 Office: 03 4050 4454 Website: www.semboyan1malaysia.my Blog: utkppim@blogspot.com Instagram: www.instagram.com/utks1m www.instagram.com/yusufazmi_s1m Facebook: fb.com/https://www.facebook.com/utksemboyan1malaysia/ fb.com/yusufazmiPPIM Biro Keahlian SEMBOYAN1MALAYSIA : 016 764 8000