Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2017

ADA 3,000 PREMIS JUDI ONLINE DALAM KL – BH ONLINE – 29/07/2017

KUALA LUMPUR: Kementerian Wilayah Persekutuan menganggarkan terdapat sekurang-kurangnya 3,000 premis perjudian online (dalam talian) yang beroperasi di sekitar bandaraya Kuala Lumpur. Jumlah berkenaan diperoleh berdasarkan maklumat dan risikan yang dijalankan ke atas premis-premis berkenaan di sekitar daerah Dang Wangi, Wangsa Maju, Cheras, Sentul dan Brickfields. Jumlah ini dilaporkan meningkat berbanding tahun lalu yang mencatatkan sebanyak 615 premis perjudian yang beroperasi di sebalik rumah kedai, pusat internet serta pusat hiburan keluarga. Ketua Penyelaras Pasukan Khas Banteras Aktiviti Haram (Ops BAH), Azman Mahmood, berkata kelemahan dari segi integriti dan amanah di kalangan pasukan penguatkuasaan agensi kerajaan adalah punca kewujudan premis perjudian tidak dapat dihapuskan. “Perkara ini berkaitan dengan imbuhan yang lumayan kerana sindiket perjudian mampu membayar sekurang-kurangnya RM10,000 sebulan kepada pasukan penguatkuasaan untuk satu premis mereka, baya

‘JASA KALIAN SAYA KENANG UNTUK SELAMANYA…’ – METRO ONLINE – 30/07/2017

“TERIMA kasih kepada semua pihak yang membantu keluarga saya dengan menyalurkan bantuan kewangan. “Saya akan kenang selama-lamanya. Terima kasih kepada wakil rakyat, Harian Metro dan PPIM (Persatuan Pengguna Islam Malaysia) yang sudi mendengar rintihan saya,” kata Abdul Halim, bapa kepada enam anak yang menghadapi masalah kewangan sebelum ini. Dia menerima kunjungan Ahli Parlimen Hulu Selangor Datuk P Kamalanathan hari ini yang menghulurkan bantuan segera untuk mengurangkan beban keluarga itu. Katanya, sejak kisah kesusahannya disiarkan Harian Metro Isnin lalu, dia dihubungi banyak pihak yang prihatin dan simpati dengan masalah kewangan dihadapi sehingga diminta mengosongkan rumah sewanya. “Alhamdulillah, ramai yang bantu menerusi PPIM. Insya-Allah, saya akan berusaha sebaik mungkin untuk keselesaan keluarga selepas ini. Terima kasih juga kepada Datuk Kamalanathan yang membantu,” katanya. Sementara itu, Kamalanathan yang juga Timbalan Me

PPIM BANTU PENGUSAHA CALTEX YANG DIANIAYA – PERAK TODAY – 29/7/2017

DAMANSARA: Kira-kita 10 orang berarak dari Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Bukit Damansara menuju ke Menara Millenium, Pusat Bandar Damansara bagi mendapatkan jawapan dan maklumbalas segera berkenaan isu penganiayaan terhadap beberapa pengusaha stesen minyak Caltex sejak bulan Jun lalu. Kumpulan yang diketuai Pengarah Unit Tindakan Khas Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Yusuf Azmi, turut disertai pengadu dan juga para aktivis PPIM. Ketibaan mereka yang berarak dari jam 3 petang itu, disambut baik wakil korporat Chevron. Perbincangan yang berlaku hampir setengah jam itu tidak membuahkan hasil apabila pihak Chevron gagal memberikan jawapan terhadap persoalan berkenaan mengapa pengusaha-pengusaha stesen minyak berkenaan diberhentikan tanpa sebab. Walau bagaimanapun, pihak Chevron bersetuju untuk mengadakan perbincangan dengan mangsa, dan wakil PPIM pada masa dan tarikh yang akan ditetapkan kelak.

PPIM NAK JUMPA IGP, AKUI ‘MERAJUK’ DENGAN POLIS – MALAYSIA KINI – 28/7/2017

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menerima teguran Ketua Polis Negara, Tan Sri Polis Khalid Abu Bakar berhubung tindakannya menyerbu premis syarikat pajakan kereta, AGR Auto Trade Holding Berhad baru-baru ini. Bagaimanapun, ketua aktivisnya Datuk Nadzim Johan berkata, PPIM mahu satu perbincangan diadakan bersama Khalid supaya masalah yang sama membabitkan skim pajakan kereta tidak berulang. “Saya pun dari keluarga polis, takkanlah saya nak bergaduh dengan polis. “Cuma kita minta polis kasihanlah dekat kita. Kita ini nak bantu (pemilik kereta) dan mungkin kita boleh adakan satu kaedah di mana kita boleh buat aduan terus kepada pihak tertentu di Bukit Aman. “Mungkin kita dapat duduk dengan IGP mencari satu kaedah bagi memudahkan semua pihak supaya lain kali tak jadi lagi perkara itu,” kata Nadzim kepada Malaysiakini. Nadzim berkata demikian mengulas kenyataan Khalid kelmarin yang menasihati PPIM supaya mematuhi undang-undang n

HARGA TERANGKUM AKAN LINDUNGI HAK PENGGUNA – HAMZAH – ASTRO AWANI – 27/7/2017

PUTRAJAYA : Kerajaan akan mewajibkan setiap iklan perkhidmatan untuk mempamerkan harga terangkum iaitu semua semua cukai di dalam satu harga yang sebelum ini diasingkan dari harga dipamerkan. Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, ia akan dimulakan dengan restoran dan perhotelan sebelum sektor perkhidmatan lain di dalam negara. Jelasnya, perincian lain akan dibuat selepas kementeriannya mengadakan pertemuan dengan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dari masa ke masa. “Sesiapa sahaja yang melakukan pengiklanan, dia mesti mengambil kira tentang segala cukai yang diperlukan, GST, cukai perkhidmatan dan semua yang mereka mahu. “Mereka mesti masuk dan iklankan harga terangkum ini dan tidak perlu memberi perincian lagi. “Ia akan memudahkan rakyat untuk membuat perbandingan sesuatu harga. Rakyat akan tahu yang mana lebih mahal dan yang mana lebih murah,” katanya semasa sidang media selepas Majlis Perhimpunan

Taskforce to probe Kajang rent-to-own vehicle scheme company - New Straits Times - 20/7/2017

KUALA LUMPUR: Police are setting up a taskforce to investigate a Kajang-based rent-to-own vehicle scheme company accused of having duped numerous customers. Deputy Inspector-General of Police Tan Sri Noor Rashid Ibrahim said he will personally chair a special meeting on Monday to determine the next course of action on the probe. "I will meet with the Selangor state police chief, (the Kajang and Serdang) district police chiefs, and investigating officers to discuss the issue. "(As of now), we have received over 50 reports on the company and I give my assurance that action will be taken (against it) in accordance with the law," he told reporters after the 24th Departmental Review of the Joint Malaysia-Thailand Working Committee Meeting on Criminal Activities. Noor Rashid said police will review all agreements made between car owners and the rent-to-own vehicle scheme company. "I learnt that this rent-to-own vehicle scheme has been going on for m

RENT-TO-OWN-SCHEME: IGP ASSURES THOROUGH PROBE INTO BOTH PPIM, KAJANG COMPANY – NEW STRAITS TIMES ONLINE – 18/7/2017

KUALA LUMPUR: Inspector-General of Police Tan Sri Khalid Abu Bakar today denied claims that police were selective in their investigations into a case involving a Kajang-based rent-to-own vehicle scheme company. He said both PPIM and the company were being investigated by the police following numerous reports lodged by both parties. He said police have never ignored PPIM’s and the victims’ reports against the company, adding that the investigations on the matter were still underway. “When there is a report, we must find the witnesses, record their statements, gather all the data before we can submit the case to the Attorney-General’s office. “We cannot act like thugs, simply raiding a place without any basis or reason. You just cannot do that. “So it is untrue, all the accusations that we are not doing anything or care about the reports being lodged. “I give you assurance, do not worry. We will investigate the case in accordance to the

KETUA POLIS NEGARA NAFI DAKWAAN PPIM – MYNEWSHUB – 18/7/2017

POLIS menafikan tidak mengambil tindakan berhubung aduan pemilik kereta yang dikatakan gagal menuntut semula kenderaan dipajak kepada sebuah syarikat di Kajang, Selangor, seperti didakwa Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM). Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, dakwaan itu tidak benar sama sekali kerana setiap laporan diterima akan melalui proses siasatan yang adil dan telus tanpa melindungi mana-mana pihak. “Tuduhan (PPIM) mengatakan polis tidak siasat dan tidak ambil peduli laporan adalah tidak benar sama sekali. “Ini adalah kerana setiap negara mempunyai undang-undang dan semua lapisan masyarakat tidak kira badan bukan kerajaan (NGO) mahu pun polis sendiri perlu mematuhinya,” katanya memetik laporan Harian Metro. Katanya, bila terdapat laporan polis yang dibuat, polis akan menjalankan siasatan mengikut prosedur yang ditetapkan, sebelum memajukan siasatan kepada pejabat Peguam Negara bagi mengklasfikasikan keputusan seterusnya

IGP DENIES PPIM’S ALLEGATION OF POLICE INACTION – ASTRO AWANI – 18/7/2017

KUALA LUMPUR: Tan Sri Khalid Abu Bakar has denied an allegation by the Malaysian Muslim Consumers Association (PPIM) that the police failed to take action on complaints lodged by victims against a vehicle leasing company. The inspector-general of police gave an assurance that the police investigated all reports according to existing laws. “Whatever action the police take is based on finding witnesses, recording statements and gathering evidence before handing over the case to the Attorney-General’s Chambers for further action. “Therefore, allegations that the police were not investigating and did not care about any report lodged by them made by them (PPIM activists) are untrue,” Khalid told a press conference at the Aidilfitri open house held in the Kuala Lumpur police contingent headquarters here. He said this when asked to comment on a July 11 incident whereby, about 30 car owners, accompanied by several PPIM activists allegedly trespassed a vehicle

IGP DENIES PPIM’S ALLEGATION OF POLICE INACTION – MALAYMAIL ONLINE – 18/7/2017

KUALA LUMPUR, July 18 — Tan Sri Khalid Abu Bakar has denied an allegation by the Malaysian Muslim Consumers Association (PPIM) that the police failed to take action on complaints lodged by victims against a vehicle leasing company. The inspector-general of police gave an assurance that the police investigated all reports according to existing laws. “Whatever action the police take is based on finding witnesses, recording statements and gathering evidence before handing over the case to the Attorney-General’s Chambers for further action. “Therefore, allegations that the police were not investigating and did not care about any report lodged by them made by them (PPIM activists) are untrue,” Khalid told a press conference at the Aidilfitri open house held in the Kuala Lumpur police contingent headquarters here. He said this when asked to comment on a July 11 incident whereby, about 30 car owners, accompanied by several PPIM activists allegedly trespass