SELAGI AHLONG MAKAN NASI, SELAGI ITU TIDAK PERLU TAKUT, - Yusuf Azmi, 2017-
LAPOR
Laporkan aduan anda di Ibu Pejabat PPIM @ 33D-04-4, Commercial Unit, Villa Puteri Condominium, Jalan Tun Ismail 50480, Kuala Lumpur. Pastikan anda telah mendapatkan tarikh temu janji bagi mengelakkan sebarang kesulitan. Untuk sebarang pertanyaan dan tetapan temu janji, sila hubungi no hotline Unit Tindakan Khas PPIM ditalian 019 913 0000 / 013 20 1565 / 03 4050 4454
SIASAT
Pihak pengadu diwajibkan untuk memberi maklumat serta butiran lengkap Ahlong. Pegawai penyiasat akan mendalami dan meniliti kes berdasarkan maklumat yang diberikan oleh pihak pengadu.
RUNDING
Selepas mendapat maklumat serta butiran lengkap dari pihak pengadu, pegawai penyiasat akan menjalankan rundingan awal dengan pihak Ahlong. PPIM hanya membantu dari segi rundingan seperti menghentikan faedah/bunga, menyusun semula jadual pembayaran dan mengurangkan jumlah tuntutan. Setiap keputusan dan hasil rundingan oleh pihak PPIM dengan pihak Ahlong adalah berdasarkan persetujuan bersama.
SELESAI
Pihak pengadu dilarang sama sekali untuk berhubung terus dengan pihak Ahlong selagi kes masih berjalan. Jika terdapat sebarang cadangan atau persoalan, pihak pengadu hendaklah merujuk kepada pegawai penyiasat. Pihak pengadu dilarang untuk membuat pinjaman Ahlong selepas melaporkan aduan pada pihak PPIM.
Jika anda ada sebarang pertanyaan serta aduan sila hubungi:
Unit Tindakan Khas
Persatuan Pengguna Islam Malaysia
33D-04-4, Commercial Unit,
Villa Puteri Condominium,
Jalan Tun Ismail, 50480 Kuala Lumpur
Hotline: 019 913 0000
Office: 03 4050 4454 / 013 788 6666
Ulasan
Catat Ulasan