Langkau ke kandungan utama

Syarikat Pajakan Kenderaan Guna Gengster? (MYNEWSHUB)


KUALA LUMPUR, 9 Jun – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menerima aduan beberapa mangsa yang mendakwa menjadi mangsa penipuan sebuah syarikat pajakan kenderaan yang diuruskan oleh gengster.

Pengarah Unit Tindakan Khas PPIM, Muhamad Yusuf Azmi berkata, syarikat itu dimiliki oleh seorang ahli perniagaan bergelar “Raja” dan seorang individu yang mengelar dirinya sebagai “Datuk Seri”
Menurut beliau, syarikat pajakan kenderaan itu telah menganiaya hampir 500 pemilik kenderaan melibatkan kira-kira 1,500 buah kenderaan yang dipajakan kepada syarikat itu.
“Modus operandi yang digunakan oleh mereka juga licik dengan adanya kontrak yang tidak ditepati. Malah, bayaran yang sepatutnya diterima oleh mangsa pada setiap bulan hasil dari sewaan kenderaan mereka tidak pernah ditepati.
“Pengurusan syarikat terbabit turut mendiamkan diri apabila dihubungi oleh mangsa dan tidak menjawab sebarang surat pembatalan perjanjian yang telah dihantar,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Muhamad Yusuf berkata, syarikat itu juga tidak memberi sebarang kerjasama sehingga tempoh penarikan kereta 30 hari telah tamat tempoh seperti perjanjian Klausa L.
Lebih mengejutkan, kata beliau, pengurusan syarikat terbabit yang telah bertukar pengurusan meminta mangsa membayar ganti rugi sekiranya mereka ingin mendapatkan semula kenderaan mereka.
Kata beliau, hal itu menimbulkan rasa tidak puas hati mangsa kerana syarikat itu melanggar perjanjian mengikut Klausa M bahawa pihak syarikat tidak berhak menuntut sebarang ganti rugi daripada pemilik asal.
“Pengurus baru syarikat itu mengupah gengster untuk menakutkan mangsa yang cuba menarik keluar kenderaan mereka dari syarikat tersebut dan memaksa mangsa menandatangani perjanjian baru yang merugikan,” katanya. -MYNEWSHUB.CC

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kad Kemanusiaan (Tiada Permit, Overstay,Visa)

Terlalu banyak laporan mengenai Pekerja Asing & Majikan yang menghadapi masalah dokumestasi seperti visa, permit kerja, tinggal lebih masa (over stay) dan lain-lain.  Akibat daripada itu, mereka sering ditahan oleh pihak berkuasa dan turut didakwa hingga ke mahkamah selain ada juga pihak dengan sewenangnya mengambil kesempatan sama ada ejen, majikan atau pihak berkuasa dengan mnganiaya mereka. Kesan negatif terhadap sektor perniagaan juga semakin merosot akibat kekurangan pekerja yang mana kebanyakannya adalah pekerja asing. Majikan juga menerima kesannya yang mana akan didakwa dan disenarai hitam.  Bagi mengatasi masalah ini, MHO dengan kerjasama Persatuan Pengguna Islam Malaysia telah menyediakan khidmat penasihat undang-undang kepada warga asing dan majikan yang terlibat dengan masalah ini, MHO mempunyai lebih 25 orang peguam yang terlibat dalam program ini di seluruh Malaysia. Bagi majikan atau pekerja yang berminat memohon kad ini, bolehlah h...

BERITAHARIANONLINE – 11 DISEMBER 2017 - Masjid Wilayah Persekutuan 'masjid angkat' Masjid Al-Aqsa

KUALA LUMPUR: Masjid Wilayah Persekutuan hari ini diumumkan sebagai 'masjid angkat' kepada Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, berkata pengumuman itu sebagai tanda solidariti kepada Masjid Al-Aqsa yang kini berdepan ancaman berikutan keputusan Amerika Syarikat (AS) mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel. "Keputusan menjadikan Masjid Wilayah Persekutuan sebagai 'masjid angkat' kepada Masjid Al-Aqsa juga dipersetujui dan amat dihargai oleh pihak masjid berkenaan menerusi sepucuk surat yang diutuskan kepada MyAqsa," katanya ketika berucap merasmikan Forum Antarabangsa MyAqsa bertajuk 100 Tahun Musibah Balfour, di Masjid Wilayah Persekutuan, di sini, hari ini. Surat berkenaan dikirimkan Imam Besar Masjid Al Aqsa, Sheikh Dr Ekrima Saed Sabri kepada kepada Yayasan MyAQSA, pada 9 Disember lalu. Jamil Khir berkata, segala aktiviti berkaitan Masjid Al-Aqsa yang dianjurkan d...

“DERA” 7 JAM – HARIAN METRO – 23/6/2017

Dikurung lebih tujuh jam, tidak diberi makan dan minum serta diherdik kerana duit yang diminta belum sampai. Itu yang berlaku kepada eksekutif swasta yang mahu dikenali sebagai Wani selepas dijadikan ‘tebusan’ oleh ceti haram untuk mendapatkan bayaran tuntutan pinjaman. Kejadian berlaku Ahad lalu ketika dia ditahan seorang lelaki di sebuah kawasan di Pandan Jaya yang memintanya berjumpa along berkaitan pembayaran pinjaman yang dibuatnya empat bulan lalu. “Saya kena tahan di Pandan Jaya, dia datang dengan cara elok. Katanya saya kena ikut dia ke pejabat sebab majikannya nak jumpa. “Sampai di Jalan Imbi, saya dibawa ke satu ruang pejabat, dikurung tanpa diberikan makanan dan dimakihamun. “Along itu meminta saya membayar wang yang diminta,” katanya ketika membuat aduan kepada pegawai Unit Tindakan Khas Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Ali Salimin. Wani berkata, dia meminjam RM5,000 daripada along berkenaan selepas mengalami masalah kewangan dan membayar ...