Langkau ke kandungan utama

SYARIKAT PAJAKAN KENDERAAN PENIPU




Permulaan bulan Ramadhan tahun ini, kami di Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) telah dikejutkan dengan aduan daripada beberapa mangsa yang telah ditipu oleh sebuah syarikat pajakan kenderaan atas nama Syarikat Agr Auto Trade Sdn Bhd.  
“Syarikat ini dimiliki oleh seorang ahli perniagaan bergelar “Raja” dan seorang individu mengelar dirinya sebagai Dato’ Seri Kabi masyarakat India,” kata Muhamad Yusuf Bin Azmi, Pengarah Unit Tindakan Khas PPIM. 



Tambahan beliau lagi, syarikat terbabit telah menganiaya hampir 500 orang pemilik kenderaan yang melibatkan kurang lebih 1500 buah kenderaan milik mangsa.  
Modus operandi yang digunakan oleh mereka juga licik dengan adanya kontrak yang tidak ditepati. Malahan, bayaran yang sepatutnya diterima oleh mangsa pada setiap bulan hasil dari sewaan kenderaan mereka, tidak pernah ditepati. Pengurusan syarikat terbabit turut mendiamkan diri apabila dihubungi oleh mangsa dan tidak menjawab sebarang surat pembatalan perjanjian yang telah dihantar.      


Disamping itu, pihak syarikat juga tidak memberi sebarang kerjasama sehingga tempoh penarikan kereta 30 hari telah tamat tempoh seperti perjanjian Klausa L. Lebih mengejutkan lagi, pengurusan syarikat terbabit juga telah ditukar daripada Raja Samsul Bahri Bin Muhammad (pengurusan lama) kepada Kamaleshwaran A/L Chitravlu atau dikenali sebagai Kabi (pengurusan baru). 
Pihak pengurusan baru juga meminta mangsa untuk membayar ganti rugi sekiranya mereka ingin mendapatkan semula kenderaan mereka. Hal ini telah menimbulkan rasa tidak puas hati mangsa kerana telah melanggar perjanjian mengikut Klausa M bahawa pihak syarikat tidak berhak menuntut sebarang ganti rugi daripada pemilik asal. 



Pengurus baru syarikat terbabit iaitu Kamaleshwaran A/L Chitravlu turut mengupah gangster untuk menakutkan mangsa yang cuba menarik keluar kenderaan mereka dari Syarikat Agr Auto Trade Sdn Bhd dan memaksa mangsa untuk menandatangani perjanjian baru yang merugikan para pemilik asal.

JIKA ADA SEBARANG ADUAN ATAU PERTANYAAN,SILA HUBUNGI:

Alamat: 33D-04-4 Comersial Unit Villa Puteri, Jalan Tun Ismail 50480, Kuala Lumpur
Hotline: 019 913 0000 / 013 788 6666 / 013 220 1565
Office: 03 4050 4454
Blog: utkppim@blogspot.com
Instagram: utk.ppim
Facebook: fb.com/utkhasppim   fb.com/yusufazmiPPIM
Biro Kawal Selia Umrah: 
Ustaz Abd Halim - 010 600 1415

Biro Unit Tindakan Khas PPIM
(Risk Group Management & Consultancy)
(002375581-T)
Email :utkppim@yahoo.com

Ulasan

  1. salam pihak PPIM,

    nak minta siasat latar belakang Raja Samsul Bahri bin Raja Muhammad. Yang saya dapat tahu beliau adalah bekas peguam dan bergiat aktif scam rakyat malaysia. Antara nama syarikat bawah beliau adalah JPG Holdings Berhad, ASTANA RESOURCE, dan terbaru AGR. saya mangsa pembelian saham illegal company JPG HOLDING dengan kerugian RM48K. ada berpuluh-puluh lagi mangsa skim saham ini. tidak lupa juga kepada pembeli unit rumah projek CASA MELATI GOMBAK oleh ASTANA RESOURCE yang sehingga kini tiada tindakan diambil. RAJA SAMSUL adalah dalang sebenar. boleh contact saya google ID saya untuk info lanjut.

    BalasPadam
  2. Assalam Puren atau mana-mana pembeli bagi Casa Melati Apartment yang "dimajukan" oleh Astana Land S/B (Kejora Indah Ventures S/B) yang mempunyai dokumen S&P yang sah. Boleh hubungi kami di 03-77288007 ( Astana Land S/B (In Liquidation) c/o Zakaria Augustine Kang Consultancy S/B)

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

“DERA” 7 JAM – HARIAN METRO – 23/6/2017

Dikurung lebih tujuh jam, tidak diberi makan dan minum serta diherdik kerana duit yang diminta belum sampai. Itu yang berlaku kepada eksekutif swasta yang mahu dikenali sebagai Wani selepas dijadikan ‘tebusan’ oleh ceti haram untuk mendapatkan bayaran tuntutan pinjaman. Kejadian berlaku Ahad lalu ketika dia ditahan seorang lelaki di sebuah kawasan di Pandan Jaya yang memintanya berjumpa along berkaitan pembayaran pinjaman yang dibuatnya empat bulan lalu. “Saya kena tahan di Pandan Jaya, dia datang dengan cara elok. Katanya saya kena ikut dia ke pejabat sebab majikannya nak jumpa. “Sampai di Jalan Imbi, saya dibawa ke satu ruang pejabat, dikurung tanpa diberikan makanan dan dimakihamun. “Along itu meminta saya membayar wang yang diminta,” katanya ketika membuat aduan kepada pegawai Unit Tindakan Khas Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Ali Salimin. Wani berkata, dia meminjam RM5,000 daripada along berkenaan selepas mengalami masalah kewangan dan membayar ...

SEMBOYAN1MALAYSIA - 16/10/2017 - BOIKOT CALTEX. HENTIKAN KEZALIMAN.

JIKA ADA SEBARANG ADUAN ATAU PERTANYAAN,SILA HUBUNGI: Alamat: 33D-04-4 Comersial Unit Villa Puteri, Jalan Tun Ismail 50480, Kuala Lumpur Hotline: 019 913 0000 / 013 220 1565 Office: 03 4050 4454 Blog: utkppim@blogspot.com Instagram: www.instagram.com/utk.ppim www.instagram.com/yusuf_azmi_utkppim Facebook: fb.com/utkhasppim fb.com/yusufazmiPPIM Biro Keahlian Unit Tindakan Khas PPIM:016 764 8000

ERTI BERANI: 33 HIKMAT PEGANGAN YUSUF AZMI

Salam #SEMBOYAN1MALAYSIA , Buku ERTI BERANI: 33 HIKMAT PEGANGAN YUSUF AZMI kini sudah diterbitkan, dapatkan naskah anda sekarang! kepada yang berminat untuk menjadi ejen jualan buku terbaru karya Nor Azah Abd Aziz, ERTI BERANI: 33 HIKMAT PEGANGAN YUSUF AZMI, sila hubungi nombor yang tertera. Dapatkan segera sebelum naskah habis dijual. Layari http://azanaza.com untuk maklumat lanjut. JIKA ADA SEBARANG ADUAN ATAU PERTANYAAN,SILA HUBUNGI: Alamat: 33D-04-4 Commercial Unit Villa Puteri, Jalan Tun Ismail 50480, Kuala Lumpur Hotline: 019 913 0000 Office: 03 4050 4454 Website: www.semboyan1malaysia.my Blog: utkppim@blogspot.com Instagram: www.instagram.com/utks1m www.instagram.com/yusufazmi_s1m Facebook: fb.com/https://www.facebook.com/utksemboyan1malaysia/ fb.com/yusufazmiPPIM Biro Keahlian SEMBOYAN1MALAYSIA : 016 764 8000