Langkau ke kandungan utama

KERUGIAN LEBIH RM9 JUTA AKIBAT LOT TANAH - UTUSAN MALAYSIA - 17/6/2017



Kuala Lumpur 16 Jun - Beberapa syarikat kat pemaju hartanah didapati menjadi dalang kes penipuan lot tanah secara  besar-besaran sehingga mengakibatkan 150 individu menjadi mangsa dengan kerugian dianggarkan melebihi rm9 juta. Pengarah Unit Tindakan Khas Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Muhammad Yusuf Azmi berkata, pihaknya dikejutkan dengan aduan berkaitan kes itu yang didalangi beberapa syarikat pemaju yang menyasarkan golongan bumiputera sebagai mangsa. "Ada beberapa syarikat pemaju dilaporkan terlibat dalam sindiket ini dan syarikat-syarikat tersebut didakwa dimiliki oleh seorang ahli perniagaan bergelar Datuk dan rakan kongsinya yang juga bergelar Datuk.

 "Sehingga kini, seramai 150 individu telah menjadi mangsa penipuan harga tanah ini. Malah pergerakan sindiket semakin berleluasa hingga mengakibatkan semua pengadu menanggung kerugian dianggarkan lebih RM9 juta," katanya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini. Dalam pada itu, kata Muhammad Yusuf, modus operandi digunakan oleh sindiket berkenaan adalah dengan menjual tanah milik orang lain yang masih belum bertukar hak milik.

Sehubungan itu katanya, pihaknya merasakansudah tiba masanya untuk kerajaan mengkaji satu dasar baharu bagi melindungi rakyat daripada ancaman penipuan sindiket seperti itu. Menurut beliau, semua mangsa terlibat telah menggunakan wang simpanan, wang pencen malah ada yang membuat pinjaman peribadi dan mengeluarkan simpanan KWSP bagi membayar kepada syarikat tersebut dengan harapan mereka dapat memiliki tanah untuk membina rumah atau dijadikan pelaburan. "Malangnya, harapan dan impian kesemua mangsa hancur apabila menyedari mereka sebenarnya telah terjerat dan ditipu oleh pemangsa," ujarnya.

Kata Muhammad Yusuf lagi, kebanyakkan tanah dijual terletak di sekitar Gombak serta Hulu Langat dan sehubungan dengan itu, PPIM mendesak pihak berkaitan seperti Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan dan Selangor; Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor menyiasat dan mengambil tindakan segera. "Biasanya, bagi mengaburi mata mangsa, Datuk berkenaan sering memaparkan kemewahan yang dimilikinya seperti rumah dan kereta mewah. Tetapi sebaliknya semua itu hanya penipuan terancang yang telah menjerat ratusan mangsa yang impikan kehidupan mewah sepertinya," tegas Muhammad Yusuf.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kad Kemanusiaan (Tiada Permit, Overstay,Visa)

Terlalu banyak laporan mengenai Pekerja Asing & Majikan yang menghadapi masalah dokumestasi seperti visa, permit kerja, tinggal lebih masa (over stay) dan lain-lain.  Akibat daripada itu, mereka sering ditahan oleh pihak berkuasa dan turut didakwa hingga ke mahkamah selain ada juga pihak dengan sewenangnya mengambil kesempatan sama ada ejen, majikan atau pihak berkuasa dengan mnganiaya mereka. Kesan negatif terhadap sektor perniagaan juga semakin merosot akibat kekurangan pekerja yang mana kebanyakannya adalah pekerja asing. Majikan juga menerima kesannya yang mana akan didakwa dan disenarai hitam.  Bagi mengatasi masalah ini, MHO dengan kerjasama Persatuan Pengguna Islam Malaysia telah menyediakan khidmat penasihat undang-undang kepada warga asing dan majikan yang terlibat dengan masalah ini, MHO mempunyai lebih 25 orang peguam yang terlibat dalam program ini di seluruh Malaysia. Bagi majikan atau pekerja yang berminat memohon kad ini, bolehlah h...

BERITAHARIANONLINE – 11 DISEMBER 2017 - Masjid Wilayah Persekutuan 'masjid angkat' Masjid Al-Aqsa

KUALA LUMPUR: Masjid Wilayah Persekutuan hari ini diumumkan sebagai 'masjid angkat' kepada Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, berkata pengumuman itu sebagai tanda solidariti kepada Masjid Al-Aqsa yang kini berdepan ancaman berikutan keputusan Amerika Syarikat (AS) mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel. "Keputusan menjadikan Masjid Wilayah Persekutuan sebagai 'masjid angkat' kepada Masjid Al-Aqsa juga dipersetujui dan amat dihargai oleh pihak masjid berkenaan menerusi sepucuk surat yang diutuskan kepada MyAqsa," katanya ketika berucap merasmikan Forum Antarabangsa MyAqsa bertajuk 100 Tahun Musibah Balfour, di Masjid Wilayah Persekutuan, di sini, hari ini. Surat berkenaan dikirimkan Imam Besar Masjid Al Aqsa, Sheikh Dr Ekrima Saed Sabri kepada kepada Yayasan MyAQSA, pada 9 Disember lalu. Jamil Khir berkata, segala aktiviti berkaitan Masjid Al-Aqsa yang dianjurkan d...

“DERA” 7 JAM – HARIAN METRO – 23/6/2017

Dikurung lebih tujuh jam, tidak diberi makan dan minum serta diherdik kerana duit yang diminta belum sampai. Itu yang berlaku kepada eksekutif swasta yang mahu dikenali sebagai Wani selepas dijadikan ‘tebusan’ oleh ceti haram untuk mendapatkan bayaran tuntutan pinjaman. Kejadian berlaku Ahad lalu ketika dia ditahan seorang lelaki di sebuah kawasan di Pandan Jaya yang memintanya berjumpa along berkaitan pembayaran pinjaman yang dibuatnya empat bulan lalu. “Saya kena tahan di Pandan Jaya, dia datang dengan cara elok. Katanya saya kena ikut dia ke pejabat sebab majikannya nak jumpa. “Sampai di Jalan Imbi, saya dibawa ke satu ruang pejabat, dikurung tanpa diberikan makanan dan dimakihamun. “Along itu meminta saya membayar wang yang diminta,” katanya ketika membuat aduan kepada pegawai Unit Tindakan Khas Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Ali Salimin. Wani berkata, dia meminjam RM5,000 daripada along berkenaan selepas mengalami masalah kewangan dan membayar ...