Langkau ke kandungan utama

KETUA POLIS NEGARA NAFI DAKWAAN PPIM – MYNEWSHUB – 18/7/2017

POLIS menafikan tidak mengambil tindakan berhubung aduan pemilik kereta yang dikatakan gagal menuntut semula kenderaan dipajak kepada sebuah syarikat di Kajang, Selangor, seperti didakwa Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, dakwaan itu tidak benar sama sekali kerana setiap laporan diterima akan melalui proses siasatan yang adil dan telus tanpa melindungi mana-mana pihak.

“Tuduhan (PPIM) mengatakan polis tidak siasat dan tidak ambil peduli laporan adalah tidak benar sama sekali.

“Ini adalah kerana setiap negara mempunyai undang-undang dan semua lapisan masyarakat tidak kira badan bukan kerajaan (NGO) mahu pun polis sendiri perlu mematuhinya,” katanya memetik laporan Harian Metro.

Katanya, bila terdapat laporan polis yang dibuat, polis akan menjalankan siasatan mengikut prosedur yang ditetapkan, sebelum memajukan siasatan kepada pejabat Peguam Negara bagi mengklasfikasikan keputusan seterusnya.

“Kita mesti siasat betulkah seperti mana dalam laporan, apa kesalahan mereka kena siasat. Ini kerana banyak perjanjian di antara orang yang menyewakan kereta mereka dengan syarikat itu, jadi kita kena kaji semua,” katanya.

Pada masa sama, Khalid turut menyelar PPIM yang mengambil tindakan sendiri dengan menceroboh syarikat berkenaan tanpa merujuk kepada polis.

Katanya, tindakan itu tidak sepatutnya dilakukan kerana ia di luar bidang kuasa mereka dan polis akan menjalankan siasatan ke atas NGO itu.

“Kita tidak boleh buat macam samseng, serbu sebarang tempat tanpa alasan.

“Kita juga ada terima laporan terhadap mereka dan kita akan siasat tindakan mereka itu yang tidak mengikut undang-undang,” katanya.

Terdahulu, seramai kira-kira 30 pemilik kereta bersama beberapa aktivis PPIM memecahkan mangga kunci pagar di stor kenderaan syarikat berkenaan dengan tujuan mengambil semula kenderaan masing-masing sehingga berlaku kekecohan.

Susulan insiden itu, seorang pegawai syarikat terbabit membuat satu laporan polis pada hari sama.



Polis daerah Serdang dan Kajang turut menjalankan siasatan ke atas syarikat terbabit susulan 45 laporan yang diterima daripada pemilik kereta yang mendakwa ditipu sebelum ini. – MYNEWSHUB.CC

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

“DERA” 7 JAM – HARIAN METRO – 23/6/2017

Dikurung lebih tujuh jam, tidak diberi makan dan minum serta diherdik kerana duit yang diminta belum sampai. Itu yang berlaku kepada eksekutif swasta yang mahu dikenali sebagai Wani selepas dijadikan ‘tebusan’ oleh ceti haram untuk mendapatkan bayaran tuntutan pinjaman. Kejadian berlaku Ahad lalu ketika dia ditahan seorang lelaki di sebuah kawasan di Pandan Jaya yang memintanya berjumpa along berkaitan pembayaran pinjaman yang dibuatnya empat bulan lalu. “Saya kena tahan di Pandan Jaya, dia datang dengan cara elok. Katanya saya kena ikut dia ke pejabat sebab majikannya nak jumpa. “Sampai di Jalan Imbi, saya dibawa ke satu ruang pejabat, dikurung tanpa diberikan makanan dan dimakihamun. “Along itu meminta saya membayar wang yang diminta,” katanya ketika membuat aduan kepada pegawai Unit Tindakan Khas Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Ali Salimin. Wani berkata, dia meminjam RM5,000 daripada along berkenaan selepas mengalami masalah kewangan dan membayar ...

SEMBOYAN1MALAYSIA - 16/10/2017 - BOIKOT CALTEX. HENTIKAN KEZALIMAN.

JIKA ADA SEBARANG ADUAN ATAU PERTANYAAN,SILA HUBUNGI: Alamat: 33D-04-4 Comersial Unit Villa Puteri, Jalan Tun Ismail 50480, Kuala Lumpur Hotline: 019 913 0000 / 013 220 1565 Office: 03 4050 4454 Blog: utkppim@blogspot.com Instagram: www.instagram.com/utk.ppim www.instagram.com/yusuf_azmi_utkppim Facebook: fb.com/utkhasppim fb.com/yusufazmiPPIM Biro Keahlian Unit Tindakan Khas PPIM:016 764 8000

ERTI BERANI: 33 HIKMAT PEGANGAN YUSUF AZMI

Salam #SEMBOYAN1MALAYSIA , Buku ERTI BERANI: 33 HIKMAT PEGANGAN YUSUF AZMI kini sudah diterbitkan, dapatkan naskah anda sekarang! kepada yang berminat untuk menjadi ejen jualan buku terbaru karya Nor Azah Abd Aziz, ERTI BERANI: 33 HIKMAT PEGANGAN YUSUF AZMI, sila hubungi nombor yang tertera. Dapatkan segera sebelum naskah habis dijual. Layari http://azanaza.com untuk maklumat lanjut. JIKA ADA SEBARANG ADUAN ATAU PERTANYAAN,SILA HUBUNGI: Alamat: 33D-04-4 Commercial Unit Villa Puteri, Jalan Tun Ismail 50480, Kuala Lumpur Hotline: 019 913 0000 Office: 03 4050 4454 Website: www.semboyan1malaysia.my Blog: utkppim@blogspot.com Instagram: www.instagram.com/utks1m www.instagram.com/yusufazmi_s1m Facebook: fb.com/https://www.facebook.com/utksemboyan1malaysia/ fb.com/yusufazmiPPIM Biro Keahlian SEMBOYAN1MALAYSIA : 016 764 8000