Langkau ke kandungan utama

ADA 3,000 PREMIS JUDI ONLINE DALAM KL – BH ONLINE – 29/07/2017


KUALA LUMPUR: Kementerian Wilayah Persekutuan menganggarkan terdapat sekurang-kurangnya 3,000 premis perjudian online (dalam talian) yang beroperasi di sekitar bandaraya Kuala Lumpur.
Jumlah berkenaan diperoleh berdasarkan maklumat dan risikan yang dijalankan ke atas premis-premis berkenaan di sekitar daerah Dang Wangi, Wangsa Maju, Cheras, Sentul dan Brickfields.
Jumlah ini dilaporkan meningkat berbanding tahun lalu yang mencatatkan sebanyak 615 premis perjudian yang beroperasi di sebalik rumah kedai, pusat internet serta pusat hiburan keluarga.
Ketua Penyelaras Pasukan Khas Banteras Aktiviti Haram (Ops BAH), Azman Mahmood, berkata kelemahan dari segi integriti dan amanah di kalangan pasukan penguatkuasaan agensi kerajaan adalah punca kewujudan premis perjudian tidak dapat dihapuskan.
“Perkara ini berkaitan dengan imbuhan yang lumayan kerana sindiket perjudian mampu membayar sekurang-kurangnya RM10,000 sebulan kepada pasukan penguatkuasaan untuk satu premis mereka, bayangkan kalau ada 3,000 premis.
“Ini kerana mereka (sindiket perjudian) mampu memperoleh keuntungan sebanyak RM50,000 sehari bagi setiap premis,” katanya selepas menyerbu sebuab premis judi online tiga tingkat di Jalan Setiawan di sini, awal pagi tadi.
Beliau yang juga Setiausaha Bahagian Perancangan dan Pembangunan Sumber Air, Kementerian Wilayah Persekutuan, berkata hukuman denda sebanyak RM2,000 sekiranya disabitkan kesalahan mengikut Akta Rumah Judi Terbuka, perlu diperhalusi dan dikaji semula kerana nilai berkenaan tidak memberi impak dan kesedaran kepada sindiket perjudian.
“Pada masa ini, kami masih dalam proses penambahbaikan akta berkenaan untuk membuat pindaan segera,” katanya.
Dalam Ops BAH siri ke 37 semalam, sebuah premis rumah kedai tiga tingkat di Jalan Setiawan di sini, yang didaftarkan atas nama pusat internet tetapi menjalankan aktiviti perjudian, diserbu.
Dalam serbuan itu lebih 80 mesin perjudian dan mesin simulator dianggarkan keseluruhan bernilai RM345,500 dirampas dan akan dimusnahkan oleh Kementerian Wilayah Persekutuan

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kad Kemanusiaan (Tiada Permit, Overstay,Visa)

Terlalu banyak laporan mengenai Pekerja Asing & Majikan yang menghadapi masalah dokumestasi seperti visa, permit kerja, tinggal lebih masa (over stay) dan lain-lain.  Akibat daripada itu, mereka sering ditahan oleh pihak berkuasa dan turut didakwa hingga ke mahkamah selain ada juga pihak dengan sewenangnya mengambil kesempatan sama ada ejen, majikan atau pihak berkuasa dengan mnganiaya mereka. Kesan negatif terhadap sektor perniagaan juga semakin merosot akibat kekurangan pekerja yang mana kebanyakannya adalah pekerja asing. Majikan juga menerima kesannya yang mana akan didakwa dan disenarai hitam.  Bagi mengatasi masalah ini, MHO dengan kerjasama Persatuan Pengguna Islam Malaysia telah menyediakan khidmat penasihat undang-undang kepada warga asing dan majikan yang terlibat dengan masalah ini, MHO mempunyai lebih 25 orang peguam yang terlibat dalam program ini di seluruh Malaysia. Bagi majikan atau pekerja yang berminat memohon kad ini, bolehlah h...

BERITAHARIANONLINE – 11 DISEMBER 2017 - Masjid Wilayah Persekutuan 'masjid angkat' Masjid Al-Aqsa

KUALA LUMPUR: Masjid Wilayah Persekutuan hari ini diumumkan sebagai 'masjid angkat' kepada Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, berkata pengumuman itu sebagai tanda solidariti kepada Masjid Al-Aqsa yang kini berdepan ancaman berikutan keputusan Amerika Syarikat (AS) mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel. "Keputusan menjadikan Masjid Wilayah Persekutuan sebagai 'masjid angkat' kepada Masjid Al-Aqsa juga dipersetujui dan amat dihargai oleh pihak masjid berkenaan menerusi sepucuk surat yang diutuskan kepada MyAqsa," katanya ketika berucap merasmikan Forum Antarabangsa MyAqsa bertajuk 100 Tahun Musibah Balfour, di Masjid Wilayah Persekutuan, di sini, hari ini. Surat berkenaan dikirimkan Imam Besar Masjid Al Aqsa, Sheikh Dr Ekrima Saed Sabri kepada kepada Yayasan MyAQSA, pada 9 Disember lalu. Jamil Khir berkata, segala aktiviti berkaitan Masjid Al-Aqsa yang dianjurkan d...

“DERA” 7 JAM – HARIAN METRO – 23/6/2017

Dikurung lebih tujuh jam, tidak diberi makan dan minum serta diherdik kerana duit yang diminta belum sampai. Itu yang berlaku kepada eksekutif swasta yang mahu dikenali sebagai Wani selepas dijadikan ‘tebusan’ oleh ceti haram untuk mendapatkan bayaran tuntutan pinjaman. Kejadian berlaku Ahad lalu ketika dia ditahan seorang lelaki di sebuah kawasan di Pandan Jaya yang memintanya berjumpa along berkaitan pembayaran pinjaman yang dibuatnya empat bulan lalu. “Saya kena tahan di Pandan Jaya, dia datang dengan cara elok. Katanya saya kena ikut dia ke pejabat sebab majikannya nak jumpa. “Sampai di Jalan Imbi, saya dibawa ke satu ruang pejabat, dikurung tanpa diberikan makanan dan dimakihamun. “Along itu meminta saya membayar wang yang diminta,” katanya ketika membuat aduan kepada pegawai Unit Tindakan Khas Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Ali Salimin. Wani berkata, dia meminjam RM5,000 daripada along berkenaan selepas mengalami masalah kewangan dan membayar ...