Langkau ke kandungan utama

PPIM NAK JUMPA IGP, AKUI ‘MERAJUK’ DENGAN POLIS – MALAYSIA KINI – 28/7/2017




Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menerima teguran Ketua Polis Negara, Tan Sri Polis Khalid Abu Bakar berhubung tindakannya menyerbu premis syarikat pajakan kereta, AGR Auto Trade Holding Berhad baru-baru ini.

Bagaimanapun, ketua aktivisnya Datuk Nadzim Johan berkata, PPIM mahu satu perbincangan diadakan bersama Khalid supaya masalah yang sama membabitkan skim pajakan kereta tidak berulang.

“Saya pun dari keluarga polis, takkanlah saya nak bergaduh dengan polis.

“Cuma kita minta polis kasihanlah dekat kita. Kita ini nak bantu (pemilik kereta) dan mungkin kita boleh adakan satu kaedah di mana kita boleh buat aduan terus kepada pihak tertentu di Bukit Aman.

“Mungkin kita dapat duduk dengan IGP mencari satu kaedah bagi memudahkan semua pihak supaya lain kali tak jadi lagi perkara itu,” kata Nadzim kepada Malaysiakini.

Nadzim berkata demikian mengulas kenyataan Khalid kelmarin yang menasihati PPIM supaya mematuhi undang-undang negara dan tidak bertindak di luar batas.

Menurut Khalid, pihaknya juga sedang menjalankan siasatan terhadap kedua-dua laporan polis yang dibuat oleh PPIM dan syarikat pajakan kereta berkenaan.

‘Nak merajuk’

Mengulas lanjut, Nadzim berkata pihaknya telah cuba sebaik mungkin bagi menyelesaikan perkara tersebut namun tetap dianggap salah.

“Kita tak tahu nak buat apa. Buat itu tak betul, buat ini tak betul. Kita nak rehatlah, tak payah buat apa-apa. Kita nak merajuklah kalau begitu,” kata Nadzim berseloroh.

Kata Nadzim, PPIM begitu berharap agar agensi yang terlibat turut sama dalam menyelesaikan perkara tersebut.

“Kita buat bukan dapat duit pun bahkan duit penunda kereta ini kita pula yang kena tanggung. Jadi, kita harapkan agensi yang terlibat ini buatlah tindakan segera dan tak perlu tunggu laporan, nak tunggu orang (pemilik kereta) bankrap,” tegas Nadzim.

Sebelum ini, PPIM didakwa menceroboh AGR dengan alasan untuk membantu pemilik kereta yang didakwa teraniaya dengan skim pajakan kereta.

Modus operandi syarikat tersebut menggunakan kaedah sambung bayar kenderaan menerusi satu perjanjian yang didakwa tidak menguntungkan pemiliknya.

Pemilik kenderaan dijanjikan kereta yang mereka pajak itu mempunyai penyewa dan mereka tidak akan mempunyai masalah pembiayaan dengan institusi kewangan.



https://www.malaysiakini.com/news/389973

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kad Kemanusiaan (Tiada Permit, Overstay,Visa)

Terlalu banyak laporan mengenai Pekerja Asing & Majikan yang menghadapi masalah dokumestasi seperti visa, permit kerja, tinggal lebih masa (over stay) dan lain-lain.  Akibat daripada itu, mereka sering ditahan oleh pihak berkuasa dan turut didakwa hingga ke mahkamah selain ada juga pihak dengan sewenangnya mengambil kesempatan sama ada ejen, majikan atau pihak berkuasa dengan mnganiaya mereka. Kesan negatif terhadap sektor perniagaan juga semakin merosot akibat kekurangan pekerja yang mana kebanyakannya adalah pekerja asing. Majikan juga menerima kesannya yang mana akan didakwa dan disenarai hitam.  Bagi mengatasi masalah ini, MHO dengan kerjasama Persatuan Pengguna Islam Malaysia telah menyediakan khidmat penasihat undang-undang kepada warga asing dan majikan yang terlibat dengan masalah ini, MHO mempunyai lebih 25 orang peguam yang terlibat dalam program ini di seluruh Malaysia. Bagi majikan atau pekerja yang berminat memohon kad ini, bolehlah hubungi ka

JANGAN TAKUT AHLONG!

SELAGI AHLONG MAKAN NASI, SELAGI ITU TIDAK PERLU TAKUT, - Yusuf Azmi, 2017- LAPOR Laporkan aduan anda di Ibu Pejabat PPIM @ 33D-04-4, Commercial Unit, Villa Puteri Condominium, Jalan Tun Ismail 50480, Kuala Lumpur. Pastikan anda telah mendapatkan tarikh temu janji bagi mengelakkan sebarang kesulitan. Untuk sebarang pertanyaan dan tetapan temu janji, sila hubungi no hotline Unit Tindakan Khas PPIM ditalian 019 913 0000 / 013 20 1565 / 03 4050 4454 SIASAT Pihak pengadu diwajibkan untuk memberi maklumat serta butiran lengkap Ahlong. Pegawai penyiasat akan mendalami dan meniliti kes berdasarkan maklumat yang diberikan oleh pihak pengadu. RUNDING Selepas mendapat maklumat serta butiran lengkap dari pihak pengadu, pegawai penyiasat akan menjalankan rundingan awal dengan pihak Ahlong. PPIM hanya membantu dari segi rundingan seperti menghentikan faedah/bunga, menyusun semula jadual pembayaran dan mengurangkan jumlah tuntutan. Setiap keputusan dan hasil rundingan oleh

SEMBOYAN1MALAYSIA - 24/11/2017 - HARI 178 BOIKOT CALTEX: MENCARI RESPON KPDNKK

JIKA ADA SEBARANG ADUAN ATAU PERTANYAAN,SILA HUBUNGI: Alamat: 33D-04-4 Commercial Unit Villa Puteri, Jalan Tun Ismail 50480, Kuala Lumpur Hotline: 019 913 0000 / 013 220 1565 Office: 03 4050 4454 Website: www.semboyan1malaysia.my Blog: utkppim@blogspot.com Instagram: www.instagram.com/utks1m www.instagram.com/yusufazmi_s1m Facebook: fb.com/https://www.facebook.com/utksemboyan1malaysia/ fb.com/yusufazmiPPIM Biro Keahlian SEMBOYAN1MALAYSIA : 016 764 8000