KUALA LUMPUR: Kementerian Wilayah Persekutuan menganggarkan terdapat sekurang-kurangnya 3,000 premis perjudian online (dalam talian) yang beroperasi di sekitar bandaraya Kuala Lumpur. Jumlah berkenaan diperoleh berdasarkan maklumat dan risikan yang dijalankan ke atas premis-premis berkenaan di sekitar daerah Dang Wangi, Wangsa Maju, Cheras, Sentul dan Brickfields. Jumlah ini dilaporkan meningkat berbanding tahun lalu yang mencatatkan sebanyak 615 premis perjudian yang beroperasi di sebalik rumah kedai, pusat internet serta pusat hiburan keluarga. Ketua Penyelaras Pasukan Khas Banteras Aktiviti Haram (Ops BAH), Azman Mahmood, berkata kelemahan dari segi integriti dan amanah di kalangan pasukan penguatkuasaan agensi kerajaan adalah punca kewujudan premis perjudian tidak dapat dihapuskan. “Perkara ini berkaitan dengan imbuhan yang lumayan kerana sindiket perjudian mampu membayar sekurang-kurangnya RM10,000 sebulan kepada pasukan penguatkuasaan untuk satu premis mereka, baya...
Persatuan Pengguna Islam Malaysia