Langkau ke kandungan utama

PERINGATAN UNTUK SEMUA RAKYAT MALAYSIA. SEBARKAN! Utusan Malaysia Online - Skim Tipu : 1.7 Juta Mangsa Diperdaya, Rakyat Malaysia Rugi RM4.4 Bilion


KUALA LUMPUR 6 Oktober 2017 – Kira-kira 1.7 juta mangsa penipuan 27 jenis skim pelaburan melibatkan kerugian bernilai RM4.4 bilion dicatatkan di negara ini sepanjang tempoh Julai 2013 hingga September 2017 lalu. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, dalam tempoh berkenaan, pihaknya menerima lebih 2,500 laporan mangsa bagi kes. “Kami beberapa kali mengingatkan orang ramai agar tidak mudah terpengaruh dengan skim begini kerana tiada satu pelaburan yang dapat memberikan pulangan tinggi. Agent atau leader syarikat biasanya akan mengambil deposit daripada mangsa untuk dilaburkan dalam syarikat tempatan." “Pakej pelaburan yang ditawarkan oleh suspek adalah antara RM350 hingga RM55,000 dengan menjanjikan pulangan tinggi."

Senarai skim penipuan pelaburan yang dikenal pasti.

1. Crude Palm Oil
2. Highway Group Resources
3. Mekah Islamic Hotel
4. Federal Reserve Chicago Bond
5. RJB Empire Group
6. Venus Fx 7. AAM Academy
8. Celoreng Mindef
9. Kongsi Makan
10. Bit Coin - Bit Kingdom
11. JJPTR 12. Bit Coin - Al Mubin Agarwood
13. Exorbitence Influence Sdn. Bhd. (Krubal)
14. Richway
15. Pelaburan Emas Royal Gold
16. Dato Dave (Syarikat Aero Asia Holding)
17. Monspace
18. MFace / MBI
19. Pelaburan Emas - Tok Belagak
20. Pelaburan Emas - Pegasus Bullion
21. Saham - Century Dinasty
22. Pelaburan Forex - MGCFX
23. Pelaburan Sunner Group
24. Pelaburan GM Friday
25. Focus Capital Growth
26. Skim Perumahan DBI/Juta Kelulut
27. Global Tijari

http://m.utusan.com.my/berita/jenayah/skim-tipu-1-7-juta-mangsa-diperdaya-8232-rugi-rm4-4-bilion-1.534890

JIKA ADA SEBARANG ADUAN ATAU PERTANYAAN,SILA HUBUNGI:
Alamat: 33D-04-4 Comersial Unit Villa Puteri, Jalan Tun Ismail 50480, Kuala Lumpur
Hotline: 019 913 0000 / 013 220 1565
Office: 03 4050 4454
Blog: utkppim@blogspot.com
Instagram: www.instagram.com/utk.ppim
www.instagram.com/yusuf_azmi_utkppim
Facebook: fb.com/utkhasppim
fb.com/yusufazmiPPIM
Biro Keahlian Unit Tindakan Khas PPIM:016 764 8000

Ulasan

  1. Halo,
    Ini adalah untuk memberitahu orang ramai bahawa Puan Henrietta Fernando, pemberi pinjaman pinjaman swasta telah membuka peluang kewangan kepada sesiapa yang memerlukan sebarang bantuan kewangan. Kami memberi pinjaman pada kadar faedah 2% untuk individu, syarikat dan syarikat di bawah terma dan syarat yang jelas dan difahami. Hubungi kami hari ini melalui e-mel di: (henriettafernandoloanfirm@gmail.com)

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kad Kemanusiaan (Tiada Permit, Overstay,Visa)

Terlalu banyak laporan mengenai Pekerja Asing & Majikan yang menghadapi masalah dokumestasi seperti visa, permit kerja, tinggal lebih masa (over stay) dan lain-lain.  Akibat daripada itu, mereka sering ditahan oleh pihak berkuasa dan turut didakwa hingga ke mahkamah selain ada juga pihak dengan sewenangnya mengambil kesempatan sama ada ejen, majikan atau pihak berkuasa dengan mnganiaya mereka. Kesan negatif terhadap sektor perniagaan juga semakin merosot akibat kekurangan pekerja yang mana kebanyakannya adalah pekerja asing. Majikan juga menerima kesannya yang mana akan didakwa dan disenarai hitam.  Bagi mengatasi masalah ini, MHO dengan kerjasama Persatuan Pengguna Islam Malaysia telah menyediakan khidmat penasihat undang-undang kepada warga asing dan majikan yang terlibat dengan masalah ini, MHO mempunyai lebih 25 orang peguam yang terlibat dalam program ini di seluruh Malaysia. Bagi majikan atau pekerja yang berminat memohon kad ini, bolehlah h...

BERITAHARIANONLINE – 11 DISEMBER 2017 - Masjid Wilayah Persekutuan 'masjid angkat' Masjid Al-Aqsa

KUALA LUMPUR: Masjid Wilayah Persekutuan hari ini diumumkan sebagai 'masjid angkat' kepada Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, berkata pengumuman itu sebagai tanda solidariti kepada Masjid Al-Aqsa yang kini berdepan ancaman berikutan keputusan Amerika Syarikat (AS) mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel. "Keputusan menjadikan Masjid Wilayah Persekutuan sebagai 'masjid angkat' kepada Masjid Al-Aqsa juga dipersetujui dan amat dihargai oleh pihak masjid berkenaan menerusi sepucuk surat yang diutuskan kepada MyAqsa," katanya ketika berucap merasmikan Forum Antarabangsa MyAqsa bertajuk 100 Tahun Musibah Balfour, di Masjid Wilayah Persekutuan, di sini, hari ini. Surat berkenaan dikirimkan Imam Besar Masjid Al Aqsa, Sheikh Dr Ekrima Saed Sabri kepada kepada Yayasan MyAQSA, pada 9 Disember lalu. Jamil Khir berkata, segala aktiviti berkaitan Masjid Al-Aqsa yang dianjurkan d...

“DERA” 7 JAM – HARIAN METRO – 23/6/2017

Dikurung lebih tujuh jam, tidak diberi makan dan minum serta diherdik kerana duit yang diminta belum sampai. Itu yang berlaku kepada eksekutif swasta yang mahu dikenali sebagai Wani selepas dijadikan ‘tebusan’ oleh ceti haram untuk mendapatkan bayaran tuntutan pinjaman. Kejadian berlaku Ahad lalu ketika dia ditahan seorang lelaki di sebuah kawasan di Pandan Jaya yang memintanya berjumpa along berkaitan pembayaran pinjaman yang dibuatnya empat bulan lalu. “Saya kena tahan di Pandan Jaya, dia datang dengan cara elok. Katanya saya kena ikut dia ke pejabat sebab majikannya nak jumpa. “Sampai di Jalan Imbi, saya dibawa ke satu ruang pejabat, dikurung tanpa diberikan makanan dan dimakihamun. “Along itu meminta saya membayar wang yang diminta,” katanya ketika membuat aduan kepada pegawai Unit Tindakan Khas Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Ali Salimin. Wani berkata, dia meminjam RM5,000 daripada along berkenaan selepas mengalami masalah kewangan dan membayar ...