Langkau ke kandungan utama
PPIM PUJI TINDAKAN KPKT – SINAR HARIAN – 27/9/17

SHAH ALAM – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menyambut baik usaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menubuhkan jawatankuasa khas bagi menyiasat penipuan skim perumahan mampu milik.

Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Maamor Osman berkata, isu ini sudah lama timbul tetapi semakin hangat diperkatakan apabila melibatkan syarikats milik seorang artis tanah air.

“Setakat ini, ada lebih 100 aduan berserta dokumen sebagai bukti tapi saya percaya mungkin lebih ramai yang terlibat. Ada diantaranya dah bayar deposit hingga RM50,000.

“Bukan kes ini saja, ada macam-macam kes lagi. Ada kes didalangi oleh individu sama cuma bertukar-tukar syarikat dan nama dengan mengaitkan orang-orang kenamaan malah PPIM sendiri,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Beliau turut memberi peringatan supaya pihak berkenaan tidak menggunakan populariti yang ada untuk menipu orang ramai. “Sebab tu saya kata seseorang yang dah ada nama dan pengikut jangan ambil kesempatan terhadap orang ramai memandangkan mereka lebih mudah percaya.

“Kami pun kecewa kerana kebanyakan yang ditipu itu memang orang berumur dan hanya itu saja simpanan yang mereka ada” katanya. Pada masa sama, beliau meminta orang ramai berhati-hati jika ditawarkan harga rumah mampu milik yang tidak masukakal dengan membuat rujukan terlebih dahulu.

“Tak mungkin harga ditawarkan begitu rendah kalau tak melibatkan penipuan. Jadi, pastikan pemaju berlesen, tengok rumah contoh dan lantik peguam bagi mengikut prosedur yang betul.

“Jangan mudah terpedaya. Kami sedia berikhidmat nasihat termasuk berkaitan pembelian rumah kerana kami kasihan melihat mereka yang ditipu,” katanya.

Beliau turut meminta orang ramai yang terlibat segera membuat aduan kepada pihak berkuasa.

JIKA ADA SEBARANG ADUAN ATAU PERTANYAAN,SILA HUBUNGI:
Alamat: 33D-04-4 Comersial Unit Villa Puteri, Jalan Tun Ismail 50480, Kuala Lumpur
Hotline: 019 913 0000 / 013 220 1565
Office: 03 4050 4454
Blog: utkppim@blogspot.com
Instagram: www.instagram.com/utk.ppim
www.instagram.com/yusuf_azmi_utkppim
Facebook: fb.com/utkhasppim
fb.com/yusufazmiPPIM
Biro Kawal Selia Umrah:
Ustaz Abd Halim - 010 600 1415
Biro Keahlian Unit Tindakan Khas PPIM:016 764 8000


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

“DERA” 7 JAM – HARIAN METRO – 23/6/2017

Dikurung lebih tujuh jam, tidak diberi makan dan minum serta diherdik kerana duit yang diminta belum sampai. Itu yang berlaku kepada eksekutif swasta yang mahu dikenali sebagai Wani selepas dijadikan ‘tebusan’ oleh ceti haram untuk mendapatkan bayaran tuntutan pinjaman. Kejadian berlaku Ahad lalu ketika dia ditahan seorang lelaki di sebuah kawasan di Pandan Jaya yang memintanya berjumpa along berkaitan pembayaran pinjaman yang dibuatnya empat bulan lalu. “Saya kena tahan di Pandan Jaya, dia datang dengan cara elok. Katanya saya kena ikut dia ke pejabat sebab majikannya nak jumpa. “Sampai di Jalan Imbi, saya dibawa ke satu ruang pejabat, dikurung tanpa diberikan makanan dan dimakihamun. “Along itu meminta saya membayar wang yang diminta,” katanya ketika membuat aduan kepada pegawai Unit Tindakan Khas Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Ali Salimin. Wani berkata, dia meminjam RM5,000 daripada along berkenaan selepas mengalami masalah kewangan dan membayar ...

SEMBOYAN1MALAYSIA - 16/10/2017 - BOIKOT CALTEX. HENTIKAN KEZALIMAN.

JIKA ADA SEBARANG ADUAN ATAU PERTANYAAN,SILA HUBUNGI: Alamat: 33D-04-4 Comersial Unit Villa Puteri, Jalan Tun Ismail 50480, Kuala Lumpur Hotline: 019 913 0000 / 013 220 1565 Office: 03 4050 4454 Blog: utkppim@blogspot.com Instagram: www.instagram.com/utk.ppim www.instagram.com/yusuf_azmi_utkppim Facebook: fb.com/utkhasppim fb.com/yusufazmiPPIM Biro Keahlian Unit Tindakan Khas PPIM:016 764 8000

ERTI BERANI: 33 HIKMAT PEGANGAN YUSUF AZMI

Salam #SEMBOYAN1MALAYSIA , Buku ERTI BERANI: 33 HIKMAT PEGANGAN YUSUF AZMI kini sudah diterbitkan, dapatkan naskah anda sekarang! kepada yang berminat untuk menjadi ejen jualan buku terbaru karya Nor Azah Abd Aziz, ERTI BERANI: 33 HIKMAT PEGANGAN YUSUF AZMI, sila hubungi nombor yang tertera. Dapatkan segera sebelum naskah habis dijual. Layari http://azanaza.com untuk maklumat lanjut. JIKA ADA SEBARANG ADUAN ATAU PERTANYAAN,SILA HUBUNGI: Alamat: 33D-04-4 Commercial Unit Villa Puteri, Jalan Tun Ismail 50480, Kuala Lumpur Hotline: 019 913 0000 Office: 03 4050 4454 Website: www.semboyan1malaysia.my Blog: utkppim@blogspot.com Instagram: www.instagram.com/utks1m www.instagram.com/yusufazmi_s1m Facebook: fb.com/https://www.facebook.com/utksemboyan1malaysia/ fb.com/yusufazmiPPIM Biro Keahlian SEMBOYAN1MALAYSIA : 016 764 8000