Langkau ke kandungan utama

‘TARIK BALIK CF,KENAIKAN DENDA TINGGI’ – BERITA HARIAN – 18/7/2017


Kuala lumpur- Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mendesak pihak berkuasa tempatan (PBT) mengambil tindakan tegas terhadap pihak pengurusan 47 bangunan tinggi di seluruh negara yang gagal menyediakan kelengkapan kebakaran mengikut piawaian ditetapkan Jabatan Bomba Dan Penyelamat.

Pengerusi Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (NIOSH), Tan Sri Lee Lam Thye, berkata antara tindakan tegas yang perlu diambil adalah dengan menarik balik sijil kelayakan menduduki (CF) bangunan kerana gagal mematuhi undang-undang ditetapkan, selain mengenakan denda yang tinggi.

Tak endah notis bahaya

Katanya, selama ini, pihak pengurusan tidak mengendahkan notis bahaya kebakaran itu kerana tiada tindakan tegas yang boleh diambil ke atas mereka jika mengabaikan notis itu.

“Memandangkan bahaya kebakaran sering berlaku dan boleh membunuh mangsa serta merosakkan harta benda, pihak berkuasa dan agensi berkaitan kebakaran dan keselamatan perlu mengkaji balik beberapa perkara mengenai undang-undang dan cara menghindari kebakaran. Barangkali sampai masa akta sedia ada disemak dan dipinda ikut kesesuaian.

“Dasar Penyenggaraan Bangunan Awam juga perlu diperkenalkan. Seterusnya, membentuk Pelan Induk Pencegahan Kebakaran Negara, terutama di bangunan kediaman tinggi. Kita tidak boleh bertolak ansur dengan sikap kurang prihatin terhadap bahaya kebakaran dan risiko keselamatan” katanya, ketika dihubungi BH, di sini semalam.

Yang Dipertua Persatuan Keselamatan Pengguna Kuala Lumpur(PKPKL),Samsudin Mohamad Fauzi, pula meminta PBT memastikan penyenggaran bangunan kediaman tinggi di seluruh negara mengikut spesifikasi yang ditentukan Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam, 1984 selain melakukan audit penyenggaraan secara berkala dan lebih sistematik.

Dalam penyenggaraan bangunan katanya, binaan bangunan seperti pintu, lantai,dinding dan bumbung perlu mengikut spesifikasi yang ditentukan mengikut Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam,1984.

Peralatan perlu lengkap

“Selain itu, peralatan mencegah kebakaran perlu lengkap. Ini termasuk alat pemadam kebakaran,penggera kebakaran, perenjis air dan maklumat berkaitan keselamatan dan kebakaran. Semua peralatan mencegah kebakaran perlu diaudit mengikut tempoh tertentu,” katanya.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan, pula meminta semua pihak membuang sikap sambil lewa yang bertindak apabila berlaku kemalangan.

“Saya minta pihak yang berkenaan mengambil langkah proaktif untuk mencegah dan tidak bersikap reaktif, iaitu hanya mengambil tindakan apabila tragedi berlaku,” katanya.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

“DERA” 7 JAM – HARIAN METRO – 23/6/2017

Dikurung lebih tujuh jam, tidak diberi makan dan minum serta diherdik kerana duit yang diminta belum sampai. Itu yang berlaku kepada eksekutif swasta yang mahu dikenali sebagai Wani selepas dijadikan ‘tebusan’ oleh ceti haram untuk mendapatkan bayaran tuntutan pinjaman. Kejadian berlaku Ahad lalu ketika dia ditahan seorang lelaki di sebuah kawasan di Pandan Jaya yang memintanya berjumpa along berkaitan pembayaran pinjaman yang dibuatnya empat bulan lalu. “Saya kena tahan di Pandan Jaya, dia datang dengan cara elok. Katanya saya kena ikut dia ke pejabat sebab majikannya nak jumpa. “Sampai di Jalan Imbi, saya dibawa ke satu ruang pejabat, dikurung tanpa diberikan makanan dan dimakihamun. “Along itu meminta saya membayar wang yang diminta,” katanya ketika membuat aduan kepada pegawai Unit Tindakan Khas Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Ali Salimin. Wani berkata, dia meminjam RM5,000 daripada along berkenaan selepas mengalami masalah kewangan dan membayar ...

SEMBOYAN1MALAYSIA - 16/10/2017 - BOIKOT CALTEX. HENTIKAN KEZALIMAN.

JIKA ADA SEBARANG ADUAN ATAU PERTANYAAN,SILA HUBUNGI: Alamat: 33D-04-4 Comersial Unit Villa Puteri, Jalan Tun Ismail 50480, Kuala Lumpur Hotline: 019 913 0000 / 013 220 1565 Office: 03 4050 4454 Blog: utkppim@blogspot.com Instagram: www.instagram.com/utk.ppim www.instagram.com/yusuf_azmi_utkppim Facebook: fb.com/utkhasppim fb.com/yusufazmiPPIM Biro Keahlian Unit Tindakan Khas PPIM:016 764 8000

ERTI BERANI: 33 HIKMAT PEGANGAN YUSUF AZMI

Salam #SEMBOYAN1MALAYSIA , Buku ERTI BERANI: 33 HIKMAT PEGANGAN YUSUF AZMI kini sudah diterbitkan, dapatkan naskah anda sekarang! kepada yang berminat untuk menjadi ejen jualan buku terbaru karya Nor Azah Abd Aziz, ERTI BERANI: 33 HIKMAT PEGANGAN YUSUF AZMI, sila hubungi nombor yang tertera. Dapatkan segera sebelum naskah habis dijual. Layari http://azanaza.com untuk maklumat lanjut. JIKA ADA SEBARANG ADUAN ATAU PERTANYAAN,SILA HUBUNGI: Alamat: 33D-04-4 Commercial Unit Villa Puteri, Jalan Tun Ismail 50480, Kuala Lumpur Hotline: 019 913 0000 Office: 03 4050 4454 Website: www.semboyan1malaysia.my Blog: utkppim@blogspot.com Instagram: www.instagram.com/utks1m www.instagram.com/yusufazmi_s1m Facebook: fb.com/https://www.facebook.com/utksemboyan1malaysia/ fb.com/yusufazmiPPIM Biro Keahlian SEMBOYAN1MALAYSIA : 016 764 8000