Langkau ke kandungan utama

LAPOR PENIPUAN JUALAN DALAM TALIAN – JAILANI – BERITA HARIAN ONLINE – 15/7/2017

KUALA BERANG: Mangsa penipuan urus niaga dalam talian harus tampil bagi memudahkan proses siasatan terhadap laman jual beli yang menipu pengguna.
Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari, berkata kebanyakan pengguna yang menjadi mangsa malu untuk muncul dan melaporkan penipuan itu kepada pihak berkuasa.
“Segera laporkan sebarang penipuan terus kepada polis agar ia memudahkan usaha polis, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk sebarang (perkara) teknikal ke atas laman-laman yang menipu ini.
“Untuk isu begini, kita akan bekerjasama dengan polis dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) untuk kesalahan di atas akta yang berkaitan penipuan dalam talian.
SKMM hanya akan bertindak apabila sesuatu kes dirujuk secara bertulis kepada kita,” katanya. Beliau ditemui pemberita pada Majlis Sambutan Hari Raya Pengajian Tahsin Al-Quran Hulu Terengganu, di sini hari ini.
Jailani yang juga Ahli Parlimen Hulu Terengganu berkata, kini dua laman terbabit telah disekat di bawah permintaan polis. Beliau berkata, sesebuah laman jual beli dalam talian beroperasi haruslah mengikut dan tertakluk kepada Peraturan-Peraturan Perlindungan Pengguna (Urus Niaga Perdagangan Elektronik) yang mula dikuatkuasakan KPDNKK pada 1 Julai 2013.
“Pastikan untuk membeli apa jenis produk, alat, kenderaan sebagainya dalam talian…penjual telah berdaftar terlebih dahulu dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) kerana ia akan memudahkan polis, KPDNKK untuk melakukan siasatan jika berlakunya sebarang kes penipuan,” katanya.
Sehingga kini dianggarkan sebanyak 30,000 aduan diterima sejak tahun lepas oleh Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) berhubung penipuan di portal jualan dalam talian. – BERNAMA

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

“DERA” 7 JAM – HARIAN METRO – 23/6/2017

Dikurung lebih tujuh jam, tidak diberi makan dan minum serta diherdik kerana duit yang diminta belum sampai. Itu yang berlaku kepada eksekutif swasta yang mahu dikenali sebagai Wani selepas dijadikan ‘tebusan’ oleh ceti haram untuk mendapatkan bayaran tuntutan pinjaman. Kejadian berlaku Ahad lalu ketika dia ditahan seorang lelaki di sebuah kawasan di Pandan Jaya yang memintanya berjumpa along berkaitan pembayaran pinjaman yang dibuatnya empat bulan lalu. “Saya kena tahan di Pandan Jaya, dia datang dengan cara elok. Katanya saya kena ikut dia ke pejabat sebab majikannya nak jumpa. “Sampai di Jalan Imbi, saya dibawa ke satu ruang pejabat, dikurung tanpa diberikan makanan dan dimakihamun. “Along itu meminta saya membayar wang yang diminta,” katanya ketika membuat aduan kepada pegawai Unit Tindakan Khas Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Ali Salimin. Wani berkata, dia meminjam RM5,000 daripada along berkenaan selepas mengalami masalah kewangan dan membayar ...

SEMBOYAN1MALAYSIA - 16/10/2017 - BOIKOT CALTEX. HENTIKAN KEZALIMAN.

JIKA ADA SEBARANG ADUAN ATAU PERTANYAAN,SILA HUBUNGI: Alamat: 33D-04-4 Comersial Unit Villa Puteri, Jalan Tun Ismail 50480, Kuala Lumpur Hotline: 019 913 0000 / 013 220 1565 Office: 03 4050 4454 Blog: utkppim@blogspot.com Instagram: www.instagram.com/utk.ppim www.instagram.com/yusuf_azmi_utkppim Facebook: fb.com/utkhasppim fb.com/yusufazmiPPIM Biro Keahlian Unit Tindakan Khas PPIM:016 764 8000

ERTI BERANI: 33 HIKMAT PEGANGAN YUSUF AZMI

Salam #SEMBOYAN1MALAYSIA , Buku ERTI BERANI: 33 HIKMAT PEGANGAN YUSUF AZMI kini sudah diterbitkan, dapatkan naskah anda sekarang! kepada yang berminat untuk menjadi ejen jualan buku terbaru karya Nor Azah Abd Aziz, ERTI BERANI: 33 HIKMAT PEGANGAN YUSUF AZMI, sila hubungi nombor yang tertera. Dapatkan segera sebelum naskah habis dijual. Layari http://azanaza.com untuk maklumat lanjut. JIKA ADA SEBARANG ADUAN ATAU PERTANYAAN,SILA HUBUNGI: Alamat: 33D-04-4 Commercial Unit Villa Puteri, Jalan Tun Ismail 50480, Kuala Lumpur Hotline: 019 913 0000 Office: 03 4050 4454 Website: www.semboyan1malaysia.my Blog: utkppim@blogspot.com Instagram: www.instagram.com/utks1m www.instagram.com/yusufazmi_s1m Facebook: fb.com/https://www.facebook.com/utksemboyan1malaysia/ fb.com/yusufazmiPPIM Biro Keahlian SEMBOYAN1MALAYSIA : 016 764 8000