Langkau ke kandungan utama

Biar polis siasat – Ab Rashid – Berita Harian Online – 13/7/2017

KUALA LUMPUR: Polis meminta orang ramai memberi ruang dan masa kepada mereka menjalankan siasatan berhubung kejadian pencerobohan di sebuah syarikat pajak kereta di Lot 1926, Sungai Sikamat, Batu 13, Kajang, kelmarin.
Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Ab Rashid Ab Wahab, ketika dihubungi BH, berkata adalah tidak wajar orang ramai bertindak menyalahkan pihak polis sedangkan siasatan berhubung kes itu belum selesai.
Katanya, polis daerah Kajang melakukan tindakan yang betul dengan menjalankan siasatan daripada pelbagai sudut membabitkan semua pihak dalam kejadian itu.
“Sementara siasatan dijalankan, kita minta kerjasama orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian itu. “Kita akan menjalankan siasatan secara terperinci, telus dan adil berlandaskan peruntukan undang-undang tanpa menyebelahi mana-mana pihak, beri kita masa untuk selesaikan siasatan,” katanya ketika dihubungi BH, sebentar tadi.
Beliau berkata demikian ketika mengulas satu status yang dimuat naik oleh Ketua Unit Tindakan Khas Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Yusuf Azmi di laman Facebook miliknya, awal pagi tadi, meluahkan rasa tidak puas hati terhadap tindakan polis daerah Kajang yang dikatakan tidak bersikap adil ketika menangani kejadian itu.
Yusuf turut memuat naik satu salinan paparan bersama status itu berkaitan satu kenyataan seorang individu yang mendakwa syarikat pemajak kereta terbabit menceroboh tanah miliknya di Lot 1926 terbabit.
Menurut Ab Rashid, pihaknya belum dapat mengesahkan perkara itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan.
“Kita terima banyak laporan berhubung perkara ini daripada pelbagai pihak, kita masih meneliti kesahihan dakwaan individu terbabit,” kata beliau.
Dalam pada itu, beliau turut menasihatkan mana-mana pihak agar tidak mengambil tindakan sendiri dan membelakangkan undang-undang. Kelmarin, kekecohan tercetus apabila sekumpulan pemilik kereta menuntut semula kenderaan masing-masing yang dipajak kepada syarikat terbabit selepas berasa tertipu kerana tidak mendapat pulangan sewajarnya seperti dijanjikan.
Dalam kejadian kira-kira 2.45 petang itu, kira-kira 30 pemilik kereta dengan beberapa aktivis PPIM dikatakan memecahkan mangga kunci pagar di stor kenderaan syarikat itu dengan tujuan mengambil semula kenderaan masing-masing sehingga berlaku kekecohan.
Susulan itu, seorang pengurus eksekutif syarikat terbabit membuat satu laporan polis pada hari sama. Polis daerah Serdang dan Kajang turut menjalankan siasatan ke atas syarikat terbabit susulan 45 laporan yang diterima daripada pemilik kereta yang mendakwa ditipu sebelum ini.
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/301557

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

“DERA” 7 JAM – HARIAN METRO – 23/6/2017

Dikurung lebih tujuh jam, tidak diberi makan dan minum serta diherdik kerana duit yang diminta belum sampai. Itu yang berlaku kepada eksekutif swasta yang mahu dikenali sebagai Wani selepas dijadikan ‘tebusan’ oleh ceti haram untuk mendapatkan bayaran tuntutan pinjaman. Kejadian berlaku Ahad lalu ketika dia ditahan seorang lelaki di sebuah kawasan di Pandan Jaya yang memintanya berjumpa along berkaitan pembayaran pinjaman yang dibuatnya empat bulan lalu. “Saya kena tahan di Pandan Jaya, dia datang dengan cara elok. Katanya saya kena ikut dia ke pejabat sebab majikannya nak jumpa. “Sampai di Jalan Imbi, saya dibawa ke satu ruang pejabat, dikurung tanpa diberikan makanan dan dimakihamun. “Along itu meminta saya membayar wang yang diminta,” katanya ketika membuat aduan kepada pegawai Unit Tindakan Khas Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Ali Salimin. Wani berkata, dia meminjam RM5,000 daripada along berkenaan selepas mengalami masalah kewangan dan membayar ...

SEMBOYAN1MALAYSIA - 16/10/2017 - BOIKOT CALTEX. HENTIKAN KEZALIMAN.

JIKA ADA SEBARANG ADUAN ATAU PERTANYAAN,SILA HUBUNGI: Alamat: 33D-04-4 Comersial Unit Villa Puteri, Jalan Tun Ismail 50480, Kuala Lumpur Hotline: 019 913 0000 / 013 220 1565 Office: 03 4050 4454 Blog: utkppim@blogspot.com Instagram: www.instagram.com/utk.ppim www.instagram.com/yusuf_azmi_utkppim Facebook: fb.com/utkhasppim fb.com/yusufazmiPPIM Biro Keahlian Unit Tindakan Khas PPIM:016 764 8000

ERTI BERANI: 33 HIKMAT PEGANGAN YUSUF AZMI

Salam #SEMBOYAN1MALAYSIA , Buku ERTI BERANI: 33 HIKMAT PEGANGAN YUSUF AZMI kini sudah diterbitkan, dapatkan naskah anda sekarang! kepada yang berminat untuk menjadi ejen jualan buku terbaru karya Nor Azah Abd Aziz, ERTI BERANI: 33 HIKMAT PEGANGAN YUSUF AZMI, sila hubungi nombor yang tertera. Dapatkan segera sebelum naskah habis dijual. Layari http://azanaza.com untuk maklumat lanjut. JIKA ADA SEBARANG ADUAN ATAU PERTANYAAN,SILA HUBUNGI: Alamat: 33D-04-4 Commercial Unit Villa Puteri, Jalan Tun Ismail 50480, Kuala Lumpur Hotline: 019 913 0000 Office: 03 4050 4454 Website: www.semboyan1malaysia.my Blog: utkppim@blogspot.com Instagram: www.instagram.com/utks1m www.instagram.com/yusufazmi_s1m Facebook: fb.com/https://www.facebook.com/utksemboyan1malaysia/ fb.com/yusufazmiPPIM Biro Keahlian SEMBOYAN1MALAYSIA : 016 764 8000