PESTA ARAK, GAY: GABUNGAN NGO ISLAM SERAH MEMORANDUM KEPADA DBKL – ISMAWEB – 27/9/2017 BANGI, 6 Muharram 1439H, Rabu – Gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam hari ini menyerahkan memorandum sokongan berhubung pembatalan penganjuran Better Beer Festival 2017 (BBF17) kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Memorandum berkenaan diserahkan Pengerusi Gabungan Banteras Aktiviti Haram (GBAH), Masridzi Sat kepada Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Mhd Amin Nordin Abd Aziz di pejabatnya di Menara DBKL 1, hari ini. Masridzi menerusi memorandum itu berkata, GBAH menyambut baik sikap ketegasan dan prihatin DBKL menolak permit penganjuran pesta arak yang sepatutnya diadakan di ibu negara awal Oktober ini. Beliau bagaimanapun meminta supaya DBKL turut bertegas membatalkan penganjuran pesta gay, White Party yang dirancang diadakan juga di Kuala Lumpur pada hujung bulan ini. “Kami memohon agar pihak DBKL terus konsisten dan berani untuk bertindak ...
Persatuan Pengguna Islam Malaysia