PENGARAH Unit Tindakan Khas Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Muhamad Yusof Azmi dan Ketua Operasi Unit Tindakan Khas PPIM Ali Salimin dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kajang di sini, atas pertuduhan bersubahat melakukan perbuatan khianat dengan memotong kunci pagar dan menceroboh Stor Syarikat AGR Auto Trade Sdn Bhd, Julai lalu. Kedua-dua mereka tidak mengaku bersalah dan mohon dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nor Afidah Idris. Yusuf, 27, dan Ali, 50, didakwa bersubahat melakukan perbuatan khianat dengan memotong kunci pagar stor Syarikat AGR Auto Trade Sdn Bhd. Mereka didakwa melakukan perbuatan itu di hadapan stor Syarikat AGR Auto Trade Sdn Bhd, Lot 1926A, Sungai Sikamat, Jalan Cheras Batu 13, Kajang pada 3.30 petang, 10 Julai lalu. Bagi perbuatan itu mereka didakwa mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. Manakala bagi pertuduhan k...
Persatuan Pengguna Islam Malaysia