“Saya bukan nak jadi wakil rakyat, jadi menteri atau apa. Saya cuma mahu berjuang, menegur untuk kebaikan semua pihak.
“Kepada pemerintah dan masyarakat, dengarlah saya cakap, kalau kita buat perkara yang benar, maka hasil yang baik-baik datang kepada kita,” kata Pengarah Unit Tindakan Khas Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Yusuf Azmi.
Katanya, dia bukan mengkritik kerajaan membuta tuli, sebaliknya menegur untuk penambahbaikan di dalam sistem sedia ada.
Menurutnya, pembaharuan perlu dilakukan di negara kita dan dia tidak memberikan ulasan dalam konteks menghina individu sebaliknya dimanipulasi ‘keyboard warrior’.
“Tolonglah berhenti. Setakat dapat RM500 atau RM1,000, nak buat apa, jadi orang suruhan pihak tertentu. Saya tegur bukan untuk jadi Perdana Menteri, saya kritik kerana Allah, untuk kita semua termasuk saya juga,” katanya.
Beliau turut kesal dengan tohmahan sesetengah pihak bahawa dia meminjam along untuk membiayai operasi Unit Tindakan Khas (UTK), sebaliknya menegaskan ia dibantu rakan-rakan perniagaan selain bisnes miliknya sendiri.
“NGO yang duduk dalam parti, baik buat kerja-kerja untuk rakyat, perjuangkan isu negara. Macam kita, walaupun kita kecil, tapi kita buat,” katanya.
Katanya, setiap hari dia berdoa supaya diberi kekuatan untuk terus ‘buat kerja’ untuk masyarakat kerana saya menganggap itu adalah amanah daripada Allah SWT.
Sumber dan kredit:
https://mulutpuaka.com/2017/10/07/saya-bukan-hendak-jadi-wakil-rakyat-yusuf-azmi/
Ulasan
Catat Ulasan