Langkau ke kandungan utama
SPRM FOKUS BANTERAS JUDI HARAM BERLELUASA - KOSMO - 14/9/2017
Putrajaya – Suruhanjaya Pencergah Rasuah Malaysia (SPRM) tekad mengisytiharkan perang terhadap kegiatan perjudian haram di negara ini dengan berikrar untuk bertindak lebih agresif bagi membanterasnya.
Ketua Pesuruhanjaya SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad berkata, sudah tiba masanya agensi penguatkuasa itu memberikan tumpuan serius terhadap kegiatan perjudian yang berleluasa dan meninggalkan implikasi buruk pada masyarakat terutama yang beragama islam.
“Isu judi haram ini sudah sampai masanya untuk kita bertindak kerana kegiatan itu tidak nampak berkurangan.
“Jadi pihak-pihak yang terlibat dengan kegiatan judi haram atau melindungi sindiket judi akan diambil tindakan,” kata beliau selepas mengadakan pertemuan dan menerima memornandum daripada Gerakan Basmi Aktiviti Haram (GBAH) yang mewakili beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk menyokong SPRM dalam membanteras kegiatan rasuah.
Menurut beliau, pemantaun sindiket perjudian akan difokuskan di pusat-pusat judi haram antaranya di kafe siber.
“Aktiviti judi mempunyai kaitan dengan penguatkuasan yang longgar atau unsur-unsur rasuah serta salah guna kuasa pihak berkuasa tempatan,”jelasnya.
Dalam pertemuan tersebut juga, Dzukfli turut menyerahkan borang Sahabat Gerakan Revolusi Antirasuah (GERAH) bagi menarik lebih ramai ahli Sahabat Gerah.
Sementara itu, Pengerusi GBAH, Masridi Sat berkata, sudah hampir 30 tahun GBAH membantu pihak berkuasa untuk memerangi kegiatan judi haram, namun aktiviti tersebut tidak berkurangan kerana disyaki ada kejadian kebocoran maklumat ketika operasi dilakukan oleh pihak berkuasa.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kad Kemanusiaan (Tiada Permit, Overstay,Visa)

Terlalu banyak laporan mengenai Pekerja Asing & Majikan yang menghadapi masalah dokumestasi seperti visa, permit kerja, tinggal lebih masa (over stay) dan lain-lain.  Akibat daripada itu, mereka sering ditahan oleh pihak berkuasa dan turut didakwa hingga ke mahkamah selain ada juga pihak dengan sewenangnya mengambil kesempatan sama ada ejen, majikan atau pihak berkuasa dengan mnganiaya mereka. Kesan negatif terhadap sektor perniagaan juga semakin merosot akibat kekurangan pekerja yang mana kebanyakannya adalah pekerja asing. Majikan juga menerima kesannya yang mana akan didakwa dan disenarai hitam.  Bagi mengatasi masalah ini, MHO dengan kerjasama Persatuan Pengguna Islam Malaysia telah menyediakan khidmat penasihat undang-undang kepada warga asing dan majikan yang terlibat dengan masalah ini, MHO mempunyai lebih 25 orang peguam yang terlibat dalam program ini di seluruh Malaysia. Bagi majikan atau pekerja yang berminat memohon kad ini, bolehlah h...

BERITAHARIANONLINE – 11 DISEMBER 2017 - Masjid Wilayah Persekutuan 'masjid angkat' Masjid Al-Aqsa

KUALA LUMPUR: Masjid Wilayah Persekutuan hari ini diumumkan sebagai 'masjid angkat' kepada Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, berkata pengumuman itu sebagai tanda solidariti kepada Masjid Al-Aqsa yang kini berdepan ancaman berikutan keputusan Amerika Syarikat (AS) mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel. "Keputusan menjadikan Masjid Wilayah Persekutuan sebagai 'masjid angkat' kepada Masjid Al-Aqsa juga dipersetujui dan amat dihargai oleh pihak masjid berkenaan menerusi sepucuk surat yang diutuskan kepada MyAqsa," katanya ketika berucap merasmikan Forum Antarabangsa MyAqsa bertajuk 100 Tahun Musibah Balfour, di Masjid Wilayah Persekutuan, di sini, hari ini. Surat berkenaan dikirimkan Imam Besar Masjid Al Aqsa, Sheikh Dr Ekrima Saed Sabri kepada kepada Yayasan MyAQSA, pada 9 Disember lalu. Jamil Khir berkata, segala aktiviti berkaitan Masjid Al-Aqsa yang dianjurkan d...

“DERA” 7 JAM – HARIAN METRO – 23/6/2017

Dikurung lebih tujuh jam, tidak diberi makan dan minum serta diherdik kerana duit yang diminta belum sampai. Itu yang berlaku kepada eksekutif swasta yang mahu dikenali sebagai Wani selepas dijadikan ‘tebusan’ oleh ceti haram untuk mendapatkan bayaran tuntutan pinjaman. Kejadian berlaku Ahad lalu ketika dia ditahan seorang lelaki di sebuah kawasan di Pandan Jaya yang memintanya berjumpa along berkaitan pembayaran pinjaman yang dibuatnya empat bulan lalu. “Saya kena tahan di Pandan Jaya, dia datang dengan cara elok. Katanya saya kena ikut dia ke pejabat sebab majikannya nak jumpa. “Sampai di Jalan Imbi, saya dibawa ke satu ruang pejabat, dikurung tanpa diberikan makanan dan dimakihamun. “Along itu meminta saya membayar wang yang diminta,” katanya ketika membuat aduan kepada pegawai Unit Tindakan Khas Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Ali Salimin. Wani berkata, dia meminjam RM5,000 daripada along berkenaan selepas mengalami masalah kewangan dan membayar ...