‘ISU SINDIKET RUMAH MURAH, PPIM AKAN TERJAH LAGI’ – SINAR ONLINE – 27/9/2017
SHAH ALAM – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Intergriti berhubung kegiatan sindiket penipuan ‘rumah murah’.
Menerusi satu kenyataan hari ini, PPIM memberitahu bahawa tindakan itu dilakukan mereka susulan kegiatan sindekit itu yang masih bergiat aktif sehingga kini.
“Mereka masih lagi aktif mempromosikan projek rumah mereka di dalam saluran media cetak dan elektronik tempatan seolah-olah tiada tindakan siasatan diambil keatas mereka.
“Unit Tindakan Khas PPIM akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Intergriti supaya kes ini mendapat lebih perhatian yang sepatutnya dari pihak berkuasa,” petik kenyataan itu.
Dalam pada itu, PPIM juga menjelaskan bahawa beberapa laporan polis juga telah dibuat sebelum ini.
Sebelum ini, Unit Tindakan Khas PPIM baru-baru ini telah membongkarkan kegiatan sindiket penipuan ‘rumah murah’ yang dijalankan enam orang dalang yang sehingga sekarang masih lagi bergiat aktif.
JIKA ADA SEBARANG ADUAN ATAU PERTANYAAN,SILA HUBUNGI:
Alamat: 33D-04-4 Comersial Unit Villa Puteri, Jalan Tun Ismail 50480, Kuala Lumpur
Hotline: 019 913 0000 / 013 220 1565
Office: 03 4050 4454
Blog: utkppim@blogspot.com
Instagram: www.instagram.com/utk.ppim
www.instagram.com/yusuf_azmi_utkppim
Facebook: fb.com/utkhasppim
fb.com/yusufazmiPPIM
Biro Kawal Selia Umrah:
Ustaz Abd Halim - 010 600 1415
Ulasan
Catat Ulasan