PERSATUAN Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mengesan wujudnya pihak tertentu yang mempromosi pakej umrah pada harga serendah RM3,500.
Ketua Unit Kawal Selia Umrah PPIM, Abd Halim Ikhsan berkata, pihaknya menerima maklum balas orang ramai mengenai tawaran itu yang jelas berunsur penipuan kerana harga semasa ditetapkan pihak berwajib bermula dari RM5,000.
Katanya, berdasarkan siasatan, ia membabitkan syarikat terkenal, ejen dan orang tengah yang berpengalaman menguruskan ibadat umrah sebelum ini.
"Kita dapati ada mutawif yang berpengalaman tetapi tidak mempunyai lesen. Jadi mereka mengambil jalan singkat untuk mengaut keuntungan walaupun dengan cara menggunakan agama," katanya kepada Harian Metro.
Katanya, kos semasa paling minimum untuk mengerjakan umrah seperti tiket pergi balik RM3,200, visa (RM300), kit umrah (RM200), muassasah (RM2,200) dan air zam-zam iaitu sebanyak RM15.
"Jadi mana mungkin harga serendah RM3,500. Justeru saya harap orang ramai berhati-hati dengan tawaran harga murah. Sebarang pertanyaan, boleh hubungi hotline PPIM di 03-40504454," katanya.
Alamat: 33D-04-4 Comersial Unit Villa Puteri, Jalan Tun Ismail 50480, Kuala Lumpur
Hotline: 019 913 0000 / 013 788 6666 / 013 220 1565
Office: 03 4050 4454
Blog: utkppim@blogspot.com
Instagram: utk.ppim
Facebook: fb.com/utkhasppim fb.com/yusufazmiPPIM
Biro Kawal Selia Umrah:
Ustaz Abd Halim - 010 600 1415
Biro Unit Tindakan Khas PPIM
(Risk Group Management & Consultancy)
(002375581-T)
Email :utkppim@yahoo.com
Ulasan
Catat Ulasan