Langkau ke kandungan utama

MUDAH.MY KOMITED TINGKAT KEPAKARAN BANTERAS PENIPUAN – BERITA HARIAN – 13/7/2017

Laman web jual beli terkemuka, Mudah.my, mendakwa sudah meningkatkan keselamatan terhadap aktiviti jual beli dalam talian kendaliannya, secara menubuhkan pasukan khas yang menyemak semua iklan yang disiarkan.
Dalam kenyataannya semalam, Mudah.my berkata, sebaik dikenal pasti sebagai pengiklanan palsu, pasukan itu segera mengeluarkan dari laman web berkenaan, seterusnya menghalang sebarang iklan baharu yang cuba dimasukkan pihak terbabit.
Katanya, Mudah.my juga sedia bekerjasama dengan pihak berkuasa yang berkaitan dengan menyalurkan maklumat diperlukan bagi menyelesaikan sesuatu kes penipuan dalam talian.
“Statistik aduan pengguna tidak boleh kami dedahkan kepada media, bagaimanapun fokus utama Mudah.my ialah memastikan laman web ini sentiasa menyediakan persekitaran selamat untuk pengguna.
“Selain itu, kami turut mendidik pengguna mengenai kaedah transaksi yang selamat dan bagaimana mencegah pelbagai bentuk penipuan dalam talian.
“Kami komited meningkatkan kepakaran dalam teknologi baharu serta apa jua kaedah untuk banteras penipuan dalam talian bagi memastikan platform ini bebas daripada sebarang ancaman.
BERHATI-HATI DENGAN TAWARAN
“Kami percaya, pengguna dan pengunjung dalam talian sebagaimana laman web lain turut melakukan perkara yang sama. Berhati-hati dengan tawaran yang “terlalu bagus untuk menjadi kenyataan” dengan cara melaporkan kepada kami atau meneliti iklan berkenaan,” katanya menerusi kenyataan itu.
BH semalam, melaporkan kira-kira 30,000 kes penipuan dalam talian yang dilaporkan berlaku sejak awal tahun lalu. Susulan kegiatan itu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) digesa membanteras penipuan membabitkan pengiklanan menerusi laman web jual beli sebelum ia menjadi tidak terkawal.
Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) berpendapat, ketiadaan peraturan atau undang-undang mengawal laman web yang menyediakan ruang pengiklanan ketika ini dimanipulasikan sesetengah pihak untuk menipu pengguna.
Setakat ini, KPDNKK dan SKMM belum memberi sebarang maklum balas ketika dihubungi BH.
Mengulas lanjut isu itu, Mudah.my berkata, pihaknya juga menggalakkan pembeli dan penjual bertemu di tempat awam seperti pusat beli-belah atau berhampiran balai polis, supaya pembeli boleh memeriksa produk yang ditawarkan untuk jualan, sebelum membuat pembayaran.
“Kami sentiasa menegaskan supaya pembeli tidak membuat sebarang pembayaran deposit sebelum memeriksa atau menerima barangan terbabit.
“Mudah.my juga bekerjasama rapat dengan agensi kerajaan dan agensi penguatkuasa undang-undang untuk mendidik orang ramai berhubung kepentingan keselamatan jual beli dalam talian.”katanya.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kad Kemanusiaan (Tiada Permit, Overstay,Visa)

Terlalu banyak laporan mengenai Pekerja Asing & Majikan yang menghadapi masalah dokumestasi seperti visa, permit kerja, tinggal lebih masa (over stay) dan lain-lain.  Akibat daripada itu, mereka sering ditahan oleh pihak berkuasa dan turut didakwa hingga ke mahkamah selain ada juga pihak dengan sewenangnya mengambil kesempatan sama ada ejen, majikan atau pihak berkuasa dengan mnganiaya mereka. Kesan negatif terhadap sektor perniagaan juga semakin merosot akibat kekurangan pekerja yang mana kebanyakannya adalah pekerja asing. Majikan juga menerima kesannya yang mana akan didakwa dan disenarai hitam.  Bagi mengatasi masalah ini, MHO dengan kerjasama Persatuan Pengguna Islam Malaysia telah menyediakan khidmat penasihat undang-undang kepada warga asing dan majikan yang terlibat dengan masalah ini, MHO mempunyai lebih 25 orang peguam yang terlibat dalam program ini di seluruh Malaysia. Bagi majikan atau pekerja yang berminat memohon kad ini, bolehlah h...

BERITAHARIANONLINE – 11 DISEMBER 2017 - Masjid Wilayah Persekutuan 'masjid angkat' Masjid Al-Aqsa

KUALA LUMPUR: Masjid Wilayah Persekutuan hari ini diumumkan sebagai 'masjid angkat' kepada Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, berkata pengumuman itu sebagai tanda solidariti kepada Masjid Al-Aqsa yang kini berdepan ancaman berikutan keputusan Amerika Syarikat (AS) mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel. "Keputusan menjadikan Masjid Wilayah Persekutuan sebagai 'masjid angkat' kepada Masjid Al-Aqsa juga dipersetujui dan amat dihargai oleh pihak masjid berkenaan menerusi sepucuk surat yang diutuskan kepada MyAqsa," katanya ketika berucap merasmikan Forum Antarabangsa MyAqsa bertajuk 100 Tahun Musibah Balfour, di Masjid Wilayah Persekutuan, di sini, hari ini. Surat berkenaan dikirimkan Imam Besar Masjid Al Aqsa, Sheikh Dr Ekrima Saed Sabri kepada kepada Yayasan MyAQSA, pada 9 Disember lalu. Jamil Khir berkata, segala aktiviti berkaitan Masjid Al-Aqsa yang dianjurkan d...

“DERA” 7 JAM – HARIAN METRO – 23/6/2017

Dikurung lebih tujuh jam, tidak diberi makan dan minum serta diherdik kerana duit yang diminta belum sampai. Itu yang berlaku kepada eksekutif swasta yang mahu dikenali sebagai Wani selepas dijadikan ‘tebusan’ oleh ceti haram untuk mendapatkan bayaran tuntutan pinjaman. Kejadian berlaku Ahad lalu ketika dia ditahan seorang lelaki di sebuah kawasan di Pandan Jaya yang memintanya berjumpa along berkaitan pembayaran pinjaman yang dibuatnya empat bulan lalu. “Saya kena tahan di Pandan Jaya, dia datang dengan cara elok. Katanya saya kena ikut dia ke pejabat sebab majikannya nak jumpa. “Sampai di Jalan Imbi, saya dibawa ke satu ruang pejabat, dikurung tanpa diberikan makanan dan dimakihamun. “Along itu meminta saya membayar wang yang diminta,” katanya ketika membuat aduan kepada pegawai Unit Tindakan Khas Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Ali Salimin. Wani berkata, dia meminjam RM5,000 daripada along berkenaan selepas mengalami masalah kewangan dan membayar ...