Langkau ke kandungan utama

HARGA TERANGKUM AKAN LINDUNGI HAK PENGGUNA – HAMZAH – ASTRO AWANI – 27/7/2017

PUTRAJAYA: Kerajaan akan mewajibkan setiap iklan perkhidmatan untuk mempamerkan harga terangkum iaitu semua semua cukai di dalam satu harga yang sebelum ini diasingkan dari harga dipamerkan.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, ia akan dimulakan dengan restoran dan perhotelan sebelum sektor perkhidmatan lain di dalam negara.
Jelasnya, perincian lain akan dibuat selepas kementeriannya mengadakan pertemuan dengan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dari masa ke masa.
“Sesiapa sahaja yang melakukan pengiklanan, dia mesti mengambil kira tentang segala cukai yang diperlukan, GST, cukai perkhidmatan dan semua yang mereka mahu.
“Mereka mesti masuk dan iklankan harga terangkum ini dan tidak perlu memberi perincian lagi.
“Ia akan memudahkan rakyat untuk membuat perbandingan sesuatu harga. Rakyat akan tahu yang mana lebih mahal dan yang mana lebih murah,” katanya semasa sidang media selepas Majlis Perhimpunan Bulanan KPDNKK Sesi Julai di sini hari ini.
Jelasnya, pindaan itu akan dibuat terhadap Akta Perihal Dagangan 2011 yang bakal dibentangkan di Parlimen pada sesi kali ini.
Menurutnya, langkah tersebut dilihat dapat memberi keadilan kepada pengguna dengan membayar harga barangan yang sudah terangkum dengan caj-caj sama seperti yang dipamerkan atau diiklankan.
Hamzah turut memberitahu, peniaga yang tidak tidak mematuhi arahan itu berkemungkinan turut berdepan denda sehingga RM100,000.
Sebelum ini, Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, pindaan akta berkenaan tidak lagi boleh memberi ruang kepada golongan peniaga untuk melakukan penipuan demi mengaut keuntungan berganda.
http://www.astroawani.com/berita-bisnes/harga-terangkum-akan-lindungi-hak-pengguna-hamzah-150590

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kad Kemanusiaan (Tiada Permit, Overstay,Visa)

Terlalu banyak laporan mengenai Pekerja Asing & Majikan yang menghadapi masalah dokumestasi seperti visa, permit kerja, tinggal lebih masa (over stay) dan lain-lain.  Akibat daripada itu, mereka sering ditahan oleh pihak berkuasa dan turut didakwa hingga ke mahkamah selain ada juga pihak dengan sewenangnya mengambil kesempatan sama ada ejen, majikan atau pihak berkuasa dengan mnganiaya mereka. Kesan negatif terhadap sektor perniagaan juga semakin merosot akibat kekurangan pekerja yang mana kebanyakannya adalah pekerja asing. Majikan juga menerima kesannya yang mana akan didakwa dan disenarai hitam.  Bagi mengatasi masalah ini, MHO dengan kerjasama Persatuan Pengguna Islam Malaysia telah menyediakan khidmat penasihat undang-undang kepada warga asing dan majikan yang terlibat dengan masalah ini, MHO mempunyai lebih 25 orang peguam yang terlibat dalam program ini di seluruh Malaysia. Bagi majikan atau pekerja yang berminat memohon kad ini, bolehlah h...

BERITAHARIANONLINE – 11 DISEMBER 2017 - Masjid Wilayah Persekutuan 'masjid angkat' Masjid Al-Aqsa

KUALA LUMPUR: Masjid Wilayah Persekutuan hari ini diumumkan sebagai 'masjid angkat' kepada Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, berkata pengumuman itu sebagai tanda solidariti kepada Masjid Al-Aqsa yang kini berdepan ancaman berikutan keputusan Amerika Syarikat (AS) mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel. "Keputusan menjadikan Masjid Wilayah Persekutuan sebagai 'masjid angkat' kepada Masjid Al-Aqsa juga dipersetujui dan amat dihargai oleh pihak masjid berkenaan menerusi sepucuk surat yang diutuskan kepada MyAqsa," katanya ketika berucap merasmikan Forum Antarabangsa MyAqsa bertajuk 100 Tahun Musibah Balfour, di Masjid Wilayah Persekutuan, di sini, hari ini. Surat berkenaan dikirimkan Imam Besar Masjid Al Aqsa, Sheikh Dr Ekrima Saed Sabri kepada kepada Yayasan MyAQSA, pada 9 Disember lalu. Jamil Khir berkata, segala aktiviti berkaitan Masjid Al-Aqsa yang dianjurkan d...

SYARIKAT PAJAKAN KENDERAAN PENIPU

Permulaan bulan Ramadhan tahun ini, kami di Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) telah dikejutkan dengan aduan daripada beberapa mangsa yang telah ditipu oleh sebuah syarikat pajakan kenderaan atas nama Syarikat Agr Auto Trade Sdn Bhd.   “Syarikat ini dimiliki oleh seorang ahli perniagaan bergelar “Raja” dan seorang individu mengelar dirinya sebagai Dato’ Seri Kabi masyarakat India,” kata Muhamad Yusuf Bin Azmi, Pengarah Unit Tindakan Khas PPIM.  Tambahan beliau lagi, syarikat terbabit telah menganiaya hampir 500 orang pemilik kenderaan yang melibatkan kurang lebih 1500 buah kenderaan milik mangsa.   Modus operandi yang digunakan oleh mereka juga licik dengan adanya kontrak yang tidak ditepati. Malahan, bayaran yang sepatutnya diterima oleh mangsa pada setiap bulan hasil dari sewaan kenderaan mereka, tidak pernah ditepati. Pengurusan syarikat terbabit turut mendiamkan diri apabila dihubungi oleh mangsa dan tidak menjawab sebarang surat...