Langkau ke kandungan utama

‘DATUK KABI’: PPIM AKAN LAPOR KEPADA SPRM – UTUSAN MALAYSIA – 18/7/2017

KUALA LUMPUR 17 Julai – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam masa terdekat berhubung seorang ahli perniagaan yang dikenali sebagai ‘Datuk Kabi’ yang didakwa terlibat dengan kes penipuan syarikat pajakan kenderaan di Kajang.

Pengarah Unit Tindakan Khas PPIM, Muhammad Yusuf Azmi berkata, ini kerana sehingga kini tiada sebarang tindakan diambil oleh pihak berkuasa terhadap individu berkenaan meskipun lebih 1,000 laporan telah dibuat.

Menurutnya satu lagi laporan polis akan dibuat jika lelaki itu masih berdegil dan enggan memulangkan lebih 1,500 buah kereta yang disimpan di kawasan syarikat miliknya.

“Jadi kita akan beri tempoh seminggu kepada ‘Datuk Kabi’ untuk pulangkan semua kenderaan tersebut sama ada beri kepada pihak bank atau pemilik kereta.

“Jika tidak,kita akan membuat laporan kepada pihak polis serta SPRM,”katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam Mingguan Malaysia melaporkan PPIM menggesa SPRM menyiasat berikutan tiada tindakan diambil terhadap lelaki terbabit yang didakwa terlibat dengan kes penipuan syarikat pajakan kenderaan.

Menurut PPIM, badan integriti itu wajar membuka kertas siasatan berhubung kes berkenaan sekali gus menyiasat lelaki itu yang dianggap ‘kebal’.

Sebelum ini beberapa siri rakaman video Muhammad Yusuf Azmi tersebar luas di media sosial memaparkan beliau ‘menarik’ keluar kereta pengguna yang didakwa ditipu oleh sebuah syarikat pajakan kenderaan di Kajang baru-baru ini.

Muhammad Yusuf Azmi bertindak sedemikian kerana mangsa mendakwa syarikat itu sudah menipu 500 individu yang menjadi pelanggannya.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kad Kemanusiaan (Tiada Permit, Overstay,Visa)

Terlalu banyak laporan mengenai Pekerja Asing & Majikan yang menghadapi masalah dokumestasi seperti visa, permit kerja, tinggal lebih masa (over stay) dan lain-lain.  Akibat daripada itu, mereka sering ditahan oleh pihak berkuasa dan turut didakwa hingga ke mahkamah selain ada juga pihak dengan sewenangnya mengambil kesempatan sama ada ejen, majikan atau pihak berkuasa dengan mnganiaya mereka. Kesan negatif terhadap sektor perniagaan juga semakin merosot akibat kekurangan pekerja yang mana kebanyakannya adalah pekerja asing. Majikan juga menerima kesannya yang mana akan didakwa dan disenarai hitam.  Bagi mengatasi masalah ini, MHO dengan kerjasama Persatuan Pengguna Islam Malaysia telah menyediakan khidmat penasihat undang-undang kepada warga asing dan majikan yang terlibat dengan masalah ini, MHO mempunyai lebih 25 orang peguam yang terlibat dalam program ini di seluruh Malaysia. Bagi majikan atau pekerja yang berminat memohon kad ini, bolehlah h...

BERITAHARIANONLINE – 11 DISEMBER 2017 - Masjid Wilayah Persekutuan 'masjid angkat' Masjid Al-Aqsa

KUALA LUMPUR: Masjid Wilayah Persekutuan hari ini diumumkan sebagai 'masjid angkat' kepada Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, berkata pengumuman itu sebagai tanda solidariti kepada Masjid Al-Aqsa yang kini berdepan ancaman berikutan keputusan Amerika Syarikat (AS) mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel. "Keputusan menjadikan Masjid Wilayah Persekutuan sebagai 'masjid angkat' kepada Masjid Al-Aqsa juga dipersetujui dan amat dihargai oleh pihak masjid berkenaan menerusi sepucuk surat yang diutuskan kepada MyAqsa," katanya ketika berucap merasmikan Forum Antarabangsa MyAqsa bertajuk 100 Tahun Musibah Balfour, di Masjid Wilayah Persekutuan, di sini, hari ini. Surat berkenaan dikirimkan Imam Besar Masjid Al Aqsa, Sheikh Dr Ekrima Saed Sabri kepada kepada Yayasan MyAQSA, pada 9 Disember lalu. Jamil Khir berkata, segala aktiviti berkaitan Masjid Al-Aqsa yang dianjurkan d...

“DERA” 7 JAM – HARIAN METRO – 23/6/2017

Dikurung lebih tujuh jam, tidak diberi makan dan minum serta diherdik kerana duit yang diminta belum sampai. Itu yang berlaku kepada eksekutif swasta yang mahu dikenali sebagai Wani selepas dijadikan ‘tebusan’ oleh ceti haram untuk mendapatkan bayaran tuntutan pinjaman. Kejadian berlaku Ahad lalu ketika dia ditahan seorang lelaki di sebuah kawasan di Pandan Jaya yang memintanya berjumpa along berkaitan pembayaran pinjaman yang dibuatnya empat bulan lalu. “Saya kena tahan di Pandan Jaya, dia datang dengan cara elok. Katanya saya kena ikut dia ke pejabat sebab majikannya nak jumpa. “Sampai di Jalan Imbi, saya dibawa ke satu ruang pejabat, dikurung tanpa diberikan makanan dan dimakihamun. “Along itu meminta saya membayar wang yang diminta,” katanya ketika membuat aduan kepada pegawai Unit Tindakan Khas Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Ali Salimin. Wani berkata, dia meminjam RM5,000 daripada along berkenaan selepas mengalami masalah kewangan dan membayar ...