Langkau ke kandungan utama

HENTIKAN KEMASUKAN AWANG HITAM DI MALAYSIA

8 Jun 2017, Kuala Lumpur - Kehadiran kumpulan-kumpulan “Awang Hitam” di beberapa tempat tertentu di negara ini telah mengganggu kehidupan harian rakyat Malaysia, sehingga ada yang terpaksa mengelakkan diri dari kawasan penempatan atau tempat-tempat mereka berkumpul bagi mengurangkan potensi berdepan gangguan mereka ini.



Fizikal yang besar, sasa dan ukuran badan yang berbeza juga menyebabkan ramai rakyat Malaysia mengelak daripada berdepan dan juga sering mengalah walaupun mereka ini menipu dalam apa-apa transaksi. Mengulas perkara ini, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Dato’ Nadzim Johan (toqqi) berkata pihaknya menerima aduan daripada para pengguna berkenaan isu terbabit. “Kita pernah membuat permintaan kepada kerajaan supaya mengkaji balik perkara ini kerana kedatangan mereka di negara kita tidak membawa sebarang keuntungan”, ujar beliau. Tambahnya lagi, kedatangan mereka di negara sebagai pelajar hanyalah satu alasan bagi mereka untuk menduduki negara kita. “Mereka ini sering terlibat dengan aktiviti jenayah seperti pengedaran dadah, penggubalan wang haram, skim-skim penipuan, black money dan menggunakan wanita tempatan sebagai keldai dadah,”katanya lagi. “Kita meminta supaya Kementerian Pelajaran Tinggi supaya menapis bilangan yang masuk ke negara kita yang betul-betul layak sahaja,”kata Datuk Hishamuddin Hashim, Pengerusi Biro Undang-undang PPIM. Beliau turut memberi cadangan agar kuota kemasukan kumpulan ini dikecilkan. Turut sama hadir pada sidang media ini iaitu Presiden Pertubuhan Ekonomi Islam Malaysia (PEMA), Zamri Zaimon, Penasihat PPIM, Dr Abdul Kadir Warsi Mohamed, dan Penasihat Kehormat PPIM, Brigadier Jeneral (B) Dato’ Husainay Hashim. Toqqi menegaskan bahawa pihak kerajaan harus mengambil tindakan dengan segera dan meminta Kabinet melihat balik isu ini kerana bimbang akan masalah yang dibawa oleh kumpulan ini yang semakin merunsingkan semua pihak

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

“DERA” 7 JAM – HARIAN METRO – 23/6/2017

Dikurung lebih tujuh jam, tidak diberi makan dan minum serta diherdik kerana duit yang diminta belum sampai. Itu yang berlaku kepada eksekutif swasta yang mahu dikenali sebagai Wani selepas dijadikan ‘tebusan’ oleh ceti haram untuk mendapatkan bayaran tuntutan pinjaman. Kejadian berlaku Ahad lalu ketika dia ditahan seorang lelaki di sebuah kawasan di Pandan Jaya yang memintanya berjumpa along berkaitan pembayaran pinjaman yang dibuatnya empat bulan lalu. “Saya kena tahan di Pandan Jaya, dia datang dengan cara elok. Katanya saya kena ikut dia ke pejabat sebab majikannya nak jumpa. “Sampai di Jalan Imbi, saya dibawa ke satu ruang pejabat, dikurung tanpa diberikan makanan dan dimakihamun. “Along itu meminta saya membayar wang yang diminta,” katanya ketika membuat aduan kepada pegawai Unit Tindakan Khas Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Ali Salimin. Wani berkata, dia meminjam RM5,000 daripada along berkenaan selepas mengalami masalah kewangan dan membayar ...

SEMBOYAN1MALAYSIA - 16/10/2017 - BOIKOT CALTEX. HENTIKAN KEZALIMAN.

JIKA ADA SEBARANG ADUAN ATAU PERTANYAAN,SILA HUBUNGI: Alamat: 33D-04-4 Comersial Unit Villa Puteri, Jalan Tun Ismail 50480, Kuala Lumpur Hotline: 019 913 0000 / 013 220 1565 Office: 03 4050 4454 Blog: utkppim@blogspot.com Instagram: www.instagram.com/utk.ppim www.instagram.com/yusuf_azmi_utkppim Facebook: fb.com/utkhasppim fb.com/yusufazmiPPIM Biro Keahlian Unit Tindakan Khas PPIM:016 764 8000

ERTI BERANI: 33 HIKMAT PEGANGAN YUSUF AZMI

Salam #SEMBOYAN1MALAYSIA , Buku ERTI BERANI: 33 HIKMAT PEGANGAN YUSUF AZMI kini sudah diterbitkan, dapatkan naskah anda sekarang! kepada yang berminat untuk menjadi ejen jualan buku terbaru karya Nor Azah Abd Aziz, ERTI BERANI: 33 HIKMAT PEGANGAN YUSUF AZMI, sila hubungi nombor yang tertera. Dapatkan segera sebelum naskah habis dijual. Layari http://azanaza.com untuk maklumat lanjut. JIKA ADA SEBARANG ADUAN ATAU PERTANYAAN,SILA HUBUNGI: Alamat: 33D-04-4 Commercial Unit Villa Puteri, Jalan Tun Ismail 50480, Kuala Lumpur Hotline: 019 913 0000 Office: 03 4050 4454 Website: www.semboyan1malaysia.my Blog: utkppim@blogspot.com Instagram: www.instagram.com/utks1m www.instagram.com/yusufazmi_s1m Facebook: fb.com/https://www.facebook.com/utksemboyan1malaysia/ fb.com/yusufazmiPPIM Biro Keahlian SEMBOYAN1MALAYSIA : 016 764 8000